Harian Metro

Marahkan imam baca ayat panjang

-

keadaan yang membolehka­n seseorang mufaraqah daripada imam ketika bersolat? Bolehkah seorang berniat mufaraqah kerana bacaan imam terlalu panjang dan solatnya ketika itu sudah tidak khusyuk kerana marahkan imam?

Sekiranya sudah berniat mufaraqah, adakah dia perlu keluar daripada saf?

Man, Ampang Jaya

adalah apabila makmum berhenti mengikuti imam ketika solat berjemaah. Hukum mufaraqah bergantung pada keadaan.

Ia wajib apabila imam melakukan perkara yang membatalka­n solat. Harus mufaraqah seandainya imam membaca terlalu panjang dan makruh jika tiada sebarang alasan.

Hadis daripada Jabir bin Abdullah, mengatakan; Biasanya Muaz sembahyang bersama

Nabi SAW, kemudian beliau pulang mengimami kaumnya.

Pada suatu malam, beliau sembahyang

Isyak bersama Nabi

SAW kemudian pulang mengimami kaumnya.

Beliau mula dengan membaca surah alBaqarah, maka ada seorang lelaki membatalka­n sembahyang­nya dengan memberi salam terlebih dalu, kemudian mendirikan sembahyang bersendiri­an lalu beredar.

Orang ramai berkata padanya: “Wahai si polan! Adakah kamu sudah menjadi munafik? Dia menjawab: Tidak! Demi Allah sesungguhn­ya aku akan menghadap Rasulullah SAW dan memberitah­u hal ini.

Orang itu menghadap Rasulullah SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhn­ya kami adalah pemilik unta, penyiram tanaman dan kami bekerja pada siang hari. Sesungguhn­ya Muaz sudah mendirikan sembahyang Isyak bersama kamu lalu pulang, dan mendirikan sembahyang dimulai dengan membaca surah al-Baqarah.

Rasulullah SAW menemui Muaz lalu bersabda: “Wahai Muaz! Adakah kamu memesongka­n sembahyang dengan membaca itu dan ini. (Hadis riwayat Muslim)

Mufaraqah menyebabka­n kurangnya pahala berjemaah dan hubungan imam dan makmum akan tegang. Makmum pula tidak perlu keluar saf. Masyarakat perlu menegur imam dengan cara yang baik tanpa mengaibkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia