Harian Metro

Status aurat bersama mentua tiri

-

menantu lelaki hanya memakai seluar pendek aras lutut tanpa baju ketika berada di dalam rumah bersama ibu mentua tiri? Adakah hubungan mereka adalah mahram?

Din, Pulau

Pinang

JAWAPANHub­ungan menantu dengan mentua tirinya adalah mahram. Maka, hukum menutup aurat ialah sebagaiman­a lelaki biasa iaitu dari pusat hingga lutut. Bagaimanap­un, bagi menjaga adab pergaulan, lebih baik berpakaian yang selesa dipandang orang.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (haram kamu berkahwin dengan bekas) isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu (termasuk isteri cucu).” (Surah anNisaa: 23)

Dari ayat itu, jelas ayah dan ibu mentua yang asal kepada pasangan suami isteri adalah mahram selamalama­nya dan hukumnya haram dikahwini. Jika hubunganny­a tiri, maka dia adalah mahram sementara yang perlu menjaga aurat antara mereka.

Namun, tidak sopan apabila berada dan bertemu dengan orang ramai dalam keadaan semata-mata menutup antara pusat dan lutut (tanpa berbaju). Hormati orang lain yang terpaksa menjaga pandangan kerana bimbang terlihat aurat.

pernah tinggalkan puasa sebanyak dua hari pada Ramadan lalu. Sekiranya hendak ganti puasa itu, bolehkah saya niatkan sekali dengan puasa sunat tarwiyah dan puasa sunat Arafah?

Abdul Halem, Mentakab, Pahang

berpuasa pada hari tarwiyah dan Arafah, manakala puasa ganti adalah kewajipan yang mesti dilaksanak­an.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Puasa Ramadan) beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa dalam kalangan kamu yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalk­an pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang yang berat menjalanka­nnya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin.

“Sesiapa yang dengan kerelaan hati mengerjaka­n kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah alBaqarah: 184)

Diharuskan berpuasa wajib bersama puasa sunat dengan menjaga adab dan kaedah berpuasa wajib seperti niat pada malam hari dan tidak berbuka dengan alasan-alasan yang tidak diizinkan syarak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia