Harian Metro

MAMPUKAH KITA?

-

PM luah rasa bimbang nasib Bumiputera, orang Melayu

dengan kehadiran usahawan, peniaga dari China

“Hari ini anak orang Cina kita dapati mereka capai kejayaan kerana ada yang jadi jutawan, perniagaan mereka makin besar, malah bangunan pencakar langit dimiliki oleh mereka.

“Jika kita bawa masuk tiga juta lagi orang dari China, apakah yang akan terjadi kepada kita, mereka ini rajin, cergas, berpengeta­huan dalam bidang perniagaan, mereka yang datang ini bukan buruh kasar, tetapi sudah berjaya. Apakah mampu kita bersaing dengan mereka?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam. Dr Mahathir berkata, kehadiran ramai peniaga dan usahawan terbabit juga dikhuatiri boleh menyebabka­n Bumiputera dan orang Melayu kehilangan tempat tinggal.

“Saya yakin jika kita terima masuk tiga juta lagi orang dari China maka kita akan kehilangan tempat kita, mereka yang kaya akan membeli tanah kita, kita akan pindah semakin jauh dari bandar hingga kita terpaksa ke pinggir hutan.

“Inilah gambaran yang saya perhatikan, kita lihat dulu Singapura milik kita, sekarang kita tidak mampu nak kuasai Singapura kerana orang kita kurang daya untuk bersaing dengan orang Cina,” katanya.

Mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Dr Mahathir berkata, kerajaan menangguhk­an pelaksanaa­nnya kerana beban kos yang terlalu tinggi.

“Kita tidak mampu mempunyai landasan kereta api yang harganya RM55 bilion, kita tidak mampu (tunggu) sampai 40 ke 50 tahun kita baru nak boleh habis (hutang),” katanya. Kontrak dan Permit Import (AP) yang dikesan dijual kepada pihak ketiga demi meraih keuntungan atas angin akan terbatal berkuat kuasa serta-merta, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menegaskan, pihak yang berhasrat menjadi peniaga ali baba dengan memanipula­si AP dan kontrak tidak sepatutnya memfailkan permohonan.

“Apabila kita dapat peluang, guna sebaik mungkin, bukan jual walaupun boleh dapat wang cepat kerana percaturan seperti ini hanya membuatkan orang lain yang kaya.

“Tabiat seperti ini harus dihapuskan. Kalau hanya untuk jual kontrak dan AP, maka ia terbatal dan tidak boleh dilaksanak­an.

“Kita ada banyak lagi cara untuk ketatkan amalan yang berupaya merosakkan proses tadbir urus,” katanya pada ucaptama perasmian KBN 2018, semalam.

 ??  ?? DR Mahathir tiba pada majlis perasmian KBN 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
DR Mahathir tiba pada majlis perasmian KBN 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? DR Mahathir bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada sesi dialog KBN 2018.
DR Mahathir bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada sesi dialog KBN 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia