Harian Metro

Peningkata­n harga gading gajah Asia faktor jadi buruan

-

Kuantan: Timbul kebimbanga­n dan persoalan berhubung pembunuhan gajah di negara ini yang sebelum ini hanya transit membawa masuk gading gajah dari Afrika untuk pasaran Asia.

Bekas renjer Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang enggan dikenali berkata sebelum ini jarang kedengaran pemburuan haram gajah di negara ini tetapi peningkata­n harga gading gajah Asia mengubah keadaan itu.

Katanya, walaupun kes itu jarang berlaku, tidak diketahui bagaimana sindiket berkenaan beroperasi dan lokasi sasaran mereka di Pahang.

“Mereka yang terbabit sudah tentu bukan amatur tetapi tahu tugas mereka dan destinasi seterusnya (kepada penjual). Bukan setiap minggu kita dapat mencari gajah mempunyai gading serta mudah dibunuh, ia berlaku apabila ada peluang.

“Dulu, gajah dibunuh di beberapa negara di Afrika sebelum gadingnya diseludup ke Asia dan ia diproses sebagai barangan perhiasan.

“Bagaimanap­un di Malaysia, tiada industri untuk memprosesn­ya sebagai barangan perhiasan, jadi sudah tentu gading diambil di Malaysia diseludup ke luar negara (tanpa diproses),” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Pahang, Ahmad Azhar Mohamed menegaskan, tugas melindungi gajah bukan hanya terletak di tangan pihak berkuasa sebaliknya perlu mendapat bantuan orang ramai terutama dalam aspek penyaluran maklumat.

Katanya, ada kalanya pihaknya tidak mengetahui kehadiran gajah di sesebuah penempatan atau ladang berikutan tidak dimaklumka­n penduduk setempat.

“Mungkin ada yang tidak tahu, apabila gajah keluar (dari hutan) bermaksud ia sedang berkonflik yang disukai pemburu. Kami hanya terima laporan apabila ada gajah keluar ke kampung.

“Sekiranya ada maklumat mereka melihat kelibat gajah di ladang berhampira­n, boleh laporkan kepada kami supaya siasatan dapat dilakukan seterusnya melindungi­nya daripada pemburu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai harus mempunyai kesedaran untuk bersama-sama melindungi gajah sebagai hidupan dilindungi kerana haiwan itu sebenanrya mempunyai kaitan sejarah dengan peradaban manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia