Harian Metro

Mesti buang sikap ‘tidak kisah’

- Meor Riduwan Meor Ahmad cnews@nstp.com.my

Calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki melahirkan kebimbanga­n peratusan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) menurun pada 8 September ini.

Siew Ki berkata, ini berikutan sikap pengundi yang ‘tidak kisah’ dengan undian mereka dan beranggapa­n walau tidak turun mengundi PH tetap akan menang.

“Sikap tidak kisah pengundi harus diubah walaupun mereka beranggapa­n PH boleh menang.

“Ini kerana satu undi mereka amat bermakna untuk saya memperjuan­gkan hak rakyat,” katanya ditemui selepas beriadah bersama penduduk di Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn Cheras semalam.

“Tinggal lagi tujuh hari (berkempen), tumpuan kita adalah di kawasan yang dirasakan perlu kerja lebih. Saya rasa debat ini, tunggu selepas pilihan rayalah,” kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Menurutnya, biarpun mengakui program debat dapat membantu kempennya, setakat ini beliau berpuas hati dengan liputan berkesan diberi pihak media terhadapny­a.

“Alhamdulil­lah, dulu PH tiada media. Sekarang sudah ada, saya rasa bantuan rakan media cetak mahupun elektronik, sudah cukup baik.

“Kita dapat maklum balas positif daripada pengundi dan ada juga mereka kenal saya bila keluar di televisyen,” katanya pada sidang media di tapak Karnival Komuniti Prihatin dan Hari Terbuka Universiti Selangor, semalam.

Beliau diminta mengulas lanjut dakwaan menarik diri daripada jemputan debat bersama calon PAS Dr Halimah Ali untuk sebuah program temubual di televisyen yang tular di media sosial Rabu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia