Harian Metro

220,000 PELUANG KERJA 2035

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

Pembukaan Forest City Golf Hotel jana ekonomi setempat

Pembukaan Forest City Golf Hotel oleh Forest City dengan pemaju induknya, Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV) diyakini mampu mencapai sasaran untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 220,000 rakyat tempatan menjelang 2035.

Setakat ini, Forest City sudah mewujudkan 1,298 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan dan pembukaan hotel baharu dengan lapangan golf pertama kini mempunyai lebih 150 kakitangan semuanya rakyat tempatan.

Naib Pengarah Urusan CGPV Syarul Izam Sarifudin berkata, Forest City Golf Hotel yang direka lagenda golf, Jack Nicklaus bersama anak lelakinya, Jack Nicklaus II, mengutamak­an pengambila­n pekerja tempatan.

“Kami (Forest City) berbangga menjadi sebahagian daripada kisah pertumbuha­n Iskandar Malaysia dan pembukaan hotel serta padang golf ini akan membantu Johor menjadi destinasi percutian pilihan di rantau ini.

“Selain itu, ia akan terus menarik pelaburan utama dengan lebih banyak peluang pekerjaan dan kemahiran untuk warga tempatan,” katanya.

Pada masa sama, Syarul Izam berkata, Forest City Golf Resort yang menawarkan tiga lapangan dengan 54 lubang itu dijangka memberi pengalaman baharu kepada penggemar sukan terbabit.

“Dengan lapangan golf pertama memiliki 18 lubang, kelainan yang kita ingin tonjolkan adalah unsur alam semula jadi termasuk angin yang mana saya pasti menjadi cabaran sukar untuk penggemar sukan golf,” katanya.

Beliau berkata, Forest City Golf Resort tidak meletakkan sebarang sasaran pasaran malah mengalu-alukan kehadiran semua penggemar sukan golf untuk merasai pengalaman di lapangan berkenaan.

“Jika kita lihat, Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai juga sudah menawarkan banyak laluan penerbanga­n antarabang­sa terutama dari China dan Korea.

“Saya yakin ia dapat menarik penggemar sukan golf dari negara itu untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman di lapangan yang berbeza dengan lapangan golf sedia ada di negeri ini,” katanya.

 ?? Syarul Izam Sarifudin ?? Kami (Forest City) berbangga menjadi sebahagian daripada kisah pertumbuha­n Iskandar Malaysia dan pembukaan hotel serta padang golf ini akan membantu Johor menjadi destinasi percutian pilihan di rantau ini”
Syarul Izam Sarifudin Kami (Forest City) berbangga menjadi sebahagian daripada kisah pertumbuha­n Iskandar Malaysia dan pembukaan hotel serta padang golf ini akan membantu Johor menjadi destinasi percutian pilihan di rantau ini”
 ??  ?? FOREST City Golf Resort menawarkan tiga lapangan dengan 54 lubang.
FOREST City Golf Resort menawarkan tiga lapangan dengan 54 lubang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia