Harian Metro

Bukti rakyat tempatan mampu gerakkan satu projek besar

-

Forest City Golf Hotel menjadi bukti rakyat tempatan mampu menggerakk­an satu projek besar walaupun ia milik syarikat dari negara asing, China.

Pengurus Hotel, Abdul Razak Ismail berkata, hotel baharu itu menempatka­n 178 kakitangan tempatan dengan 60 peratus daripadany­a lelaki terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara.

“Jika dilihat kepada reka bentuk, hiasan dan bilik di hotel ini juga, ia memperinci­kan sentuhan tempatan, walaupun kita di bawah syarikat milik China.

“Ini kelainan hotel dan golf resort di sini, yang diuruskan 100 peratus penduduk tempatan.

“Apabila dibuka sepenuhnya, saya jangka jumlah pekerja meningkat kepada 200 orang,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, baru-baru ini.

Pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang perhotelan mendorong Abdul Razak merebut peluang menguruska­n hotel berkenaan yang juga pengalaman ketiganya menjadi pengurus hotel.

Dia berkata, dengan pembukaan padang golf pertama Forest City itu, ia akan melonjakka­n lagi jumlah penghuni hotel mempunyai 301 bilik itu yang sudah menerima penghuni sejak pra pembukaann­ya Mei lalu.

“Maklum balas pelanggan setakat ini sangat baik. Mereka sukakan sentuhan tempatan yang kita lakukan kerana bagi mereka, apabila menyebut Forest City, ia seakan-akan buat warga tempatan terasing tetapi apa yang dilakukan, kita lebih mengutamak­an penduduk tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia