Harian Metro

KUMPUL FIGURA POPULAR

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@nstp.com.my

Peminat berbelanja ribuan ringgit dapatkan koleksi terkini

Demi kepuasan, ada individu walaupun berusia sanggup mengumpul pelbagai figura yang terdapat di pasaran terutama jika mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri.

Lebih-lebih lagi jika permainan itu sesuai untuk kanak-kanak seperti Funko Pop yang mula popular di Malaysia dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Funko Pop patung mini dibuat mengikut watak filem dan drama semakin mendapat tempat dalam kalangan orang dewasa kerana beranggapa­n ia unik, cantik dan comel.

Antara pengumpul Funko Pop di negara ini, Rayner Chew, 26, dari Kota Kinabalu, Sabah yang mengumpul lebih 70 figura berkenaan sejak dua tahun lalu.

Chew berkata, dia menghabisk­an RM5,000 untuk mengumpul Funko Pop terutama membabitka­n edisi terhad atau sukar diperoleh atau dibeli di negara ini.

“Kebanyakan Funko Pop terdiri daripada karakter pelakon drama luar negara dan juga filem seperti serta perlu dibeli di luar negara kerana tidak banyak kedai menjualnya.

“Funko Pop berharga RM55 namun jika edisi terhad atau keluaran khas boleh mencecah RM300,” katanya yang juga pengasas Kumpulan Pengumpul Funko Malaysia.

Minat sama turut dikongsi Farah Adila Radin Mohd Fuad, 32, berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, apabila mula tertarik dengan Funko Pop selepas melihat video berkaitan permainan itu di laman sosial.

“Ada juga yang mempersoal­kan minat saya mengumpul lebih 60 Funko Pop kerana beranggapa­n ia membazir dan tidak sesuai dengan umur yang meningkat dewasa.

“Namun, sebenarnya Funko Pop ini boleh dijual semula dengan harga lebih mahal lebih-lebih lagi edisi tertentu yang keluaranny­a dihentikan,” katanya.

Farah Adila membelanja­kan lebih RM3,000 membeli Funko Pop akan menempah figura berkenaan menerusi laman jual beli atau meminta saudaranya yang melanjutka­n pelajaran di luar negara untuk mencarinya. “Saya meminati Funko Pop watak drama bersiri

dan apabila sanggup mengeluark­an belanja untuk memilikiny­a sebelum kehabisan stok.

“Funko Pop ini tidak mahal seperti figura lain dan ia mudah untuk menyimpan serta mempamerka­n kerana tersedia dengan kotaknya sekali,” katanya.

 ?? FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD ?? AHLI Kumpulan Pengumpul Funko Malaysia (dari kiri) Rayner, Farah Adila, Kenny Ang dan Mohd Taufiq Firdaus.
FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD AHLI Kumpulan Pengumpul Funko Malaysia (dari kiri) Rayner, Farah Adila, Kenny Ang dan Mohd Taufiq Firdaus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia