Harian Metro

PEMBUNUH KREATIF

- Agensi

„ Wanita didakwa bunuh suami guna ubat titis mata

dicampur dalam makanan selama tiga hari

Seorang wanita ditahan kerana disyaki membunuh suaminya sendiri dengan meracun lelaki itu menggunaka­n ubat titis mata yang diletakkan dalam makanan mangsa selama tiga hari berturut-turut.

Polis di York

County menahan Lana Clayton, 52, kerana disyaki membunuh suaminya, Steven Clayton, 64, selepas bedah siasat mendapati kandungan tetrahydro­zoline yang tinggi dalam badan mangsa.

Tetrahydro­zoline biasanya ditemui dalam ubat titis mata yang boleh dibeli di farmasi dan bahan kimia itu menyekat saluran darah apabila dititis di mata bagi menghilang­kan kemerahan. Bagaimanap­un, apabila bahan kimia itu dimakan ia bertindak seperti neurotoksi­n dan boleh menyerang sistem saraf manusia. Menurut Mail Online, Lana yang bertugas sebagai jururawat di Jabatan Hal Ehwal Veteran di sini, mengaku bersalah selepas laporan bedah siasat mendapati bahan kimia itu berada di badan Steven selama tiga hari.

Wanita itu mengaku mencampurk­an ubat titis mata dalam makanan suaminya antara 19 Julai hingga 21 Julai lalu sekali gus menyebabka­n Steven mati akibat keracunan.

Steven ditemui mati pada 21 Julai lalu di rumah pasangan itu di Island Forks Road di Clover.

Ketika ditemui mayatnya diletakkan seperti dia terjatuh dari tangga.

Kerana tiada yang curiga dengan kematian itu, Lana membuat upacara penghormat­an terakhir dan majlis pengebumia­n suaminya pada awal Ogos lalu.

Bagaimanap­un, tidak lama selepas upacara itu jiran dan ahli keluarga pasangan itu terkejut selepas Lana ditahan polis kerana disyaki membunuh Steven.

Waran tangkap dan kenyataan daripada polis tidak memberitah­u motif Lana bertindak demikian.

Rekod penjara tidak menunjukka­n Lana melantik peguam tetapi sekiranya dia didakwa atas tuduhan membunuh, suspek tidak mempunyai peluang untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

 ??  ?? LANA Clayton
LANA Clayton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia