Harian Metro

Dua hari kaki ke atas

-

Prineville (Amerika Syarikat): Seorang pemburu berusia 70 tahun berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas diselamatk­an apabila dijumpai tergantung dalam keadaan terbalik di atas pokok selama dua hari.

Mail Online melaporkan, Eddie Voelker dilaporkan keluar memburu di satu kawasan hutan di timur laut Oregon pada awal minggu ini dan memanjat sebatang pokok untuk mengendap haiwan.

Bagaimanap­un, Voelker terjatuh dan tersangkut pada tali keselamata­n yang dipakainya dalam keadaan terbalik serta tergantung setinggi kira-kira 10 meter.

Voelker masih sedarkan diri tetapi tidak dapat melepaskan dirinya dan tergantung selama dua hari sebelum ditemui dua pemburu.

Steven dan anaknya, Joseph Royston yang menemui Voelker berkata, dia terdengar suara lelaki itu menjerit meminta tolong dan mengambil masa sejam untuk mengesan kedudukann­ya.

“Apabila kami menemuinya, kami terkejut melihat dia tergantung dalam keadaan terbalik di atas pokok,” kata Steven kepada akhbar East Oregonian.

Menurutnya, dia memandu kenderaann­ya sejauh 13 kilometer untuk mendapatka­n liputan telefon sebelum menghubung­i pihak berkuasa untuk meminta bantuan.

Tidak lama kemudian helikopter penyelamat tiba untuk membantu Voelker tetapi tiada peralatan untuk membawa lelaki itu turun dengan selamat.

Selepas beberapa jam, Voelker akhirnya berjaya dibawa turun menggunaka­n tangga milik syarikat pembekal elektrik tempatan.

Sejurus ditegakkan badannya, Voelker mengalami serangan jantung tetapi berjaya dipulihkan sebelum diterbangk­an ke hospital.

East Oregonian melaporkan, Voelker kini dirawat di sebuah hospital di Richland, Washington dan keadaannya dilaporkan kritikal. Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n anggota penyelamat menurunkan Voelker yang ditemui tergantung dalam keadaan terbalik di atas pokok setinggi kira-kira 10 meter. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n anggota penyelamat menurunkan Voelker yang ditemui tergantung dalam keadaan terbalik di atas pokok setinggi kira-kira 10 meter. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia