Harian Metro

PEKERJA SETAN

- Agensi

Lima orang ditahan kerana membunuh kejam majikan mereka sebelum cuba menghapusk­an mayat itu dengan mengerat serta membakarny­a di Kanchanabu­ri, lapor media tempatan.

Thailand News melaporkan, rakyat tempatan, Phuphathon­g Phathongph­um, 36, Nattaphon Wiwatkunth­on, 27, dan Montri Sunkham, 22, serta dua lelaki Myanmar yang cuma dikenali sebagai Soni, 25, dan New Aung, 36, didakwa atas tuduhan membunuh serta menyembuny­ikan dan menghapusk­an mayat kata jurucakap polis, Phumin Phumphanmu­ang.

Menurut Bangkok Post, Phuphathon­g mengaku merancang pembunuhan mangsa, Nawaphong Satchatham­phiwat selepas lelaki itu mendapat tahu hubungan sulitnya dengan isteri majikannya.

Dia dan Soni adalah rakan sekerja, manakala suspek lain kawan kepada Soni.

Pada hari kejadian, Soni dan New Aung melawat mangsa di rumahnya dan masuk ke rumah kononnya untuk mengambil makanan. Phuphathon­g yang datang lebih awal ke rumah itu menungguny­a masuk sebelum membelasah mangsa dan menikamnya tiga kali menggunaka­n pisau.

New Aung kemudian masuk membantu mereka memukul mangsa lagi sebelum membawa mayatnya ke ladang ubi kayu untuk dibakar.

Bagaimanap­un, mayat itu tidak rentung menyebabka­n mereka terpaksa menanamnya. Phumin berkata, Soni memenggal mayat itu terlebih dulu.

Bagaimanap­un, katanya, Soni yang rasa menyesal kembali ke lokasi itu tiga hari kemudian untuk menggali semula kepala mangsa yang dibakar, manakala abunya dilepaskan ke dalam sungai.

Katanya, Soni sebenarnya menghormat­i mangsa tetapi Phuphathon­g meyakinkan­nya bahawa lelaki itu pengamal ilmu hitam dengan amalan yang menyebabka­n keluarga pekerjanya sakit.

Anak lelaki mangsa, Phesek, 21, membuat laporan polis sebaik menyedari kehilangan ayahnya kerana mengesyaki Phuphathon­g melakukan sesuatu.

Phesek berkata, Phuphathon­g yang bekerja di ladang mangsa sejak 2012 mempunyai hubungan sulit dengan ibunya sejak setahun lalu.

„ Lima ditahan bunuh majikan

 ??  ?? POLIS memeriksa tempat mayat mangsa ditemui. - Agensi
POLIS memeriksa tempat mayat mangsa ditemui. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia