Harian Metro

Jatuh feri, terkandas dua hari

-

Tokyo: Kerana terlalu asyik bermain telefon bimbit, seorang penumpang feri terjatuh ke dalam laut dan terpaksa berenang ke pulau terpencil berhampira­n di mana dia terkandas dua hari tanpa makanan atau minuman, malah kehilangan­nya langsung tidak disedari sesiapa di atas kapal berkenaan.

Hisateru Soejima, 53, berenang dalam air laut yang sejuk ke Pulau Hashima selepas melihat cahaya rumah api di situ, lapor Daily Mirror.

Soejima dilaporkan menaiki feri itu dari Fukuoka ke Shikanoshi­ma dalam pelayaran yang sepatutnya mengambil masa 30 minit.

Kira-kira 20 minit selepas berlayar, dia naik ke dek untuk mengambil gambar tetapi tergelinci­r dan terjatuh ke dalam laut.

Melihat cahaya rumah api, dia berenang ke arah pulau itu dan pengsan sebaik sampai. Soejima menghabisk­an dua hari di pulau berkenaan dan buntu kerana tiada jalan keluar dari situ.

Lebih malang lagi, kehilangan­nya langsung tidak disedari bererti tiada usaha langsung untuk mengesanny­a, lapor Sora News 24.

Soejima bagaimanap­un bernasib baik apabila melihat bot lalu di situ dinaiki dua kaki pancing pada jam 6.30 pagi, Rabu lalu, dan berjaya menarik perhatian mereka.

Seorang daripadany­a berenang ke pantai untuk membawa minuman bertenaga kepada Soejima kerana bot itu tidak dapat mendarat disebabkan air terlalu cetek.

Pengawal pantai kemudian tiba dengan bot lebih kecil yang berjaya mendarat seterusnya menyelamat­kan mangsa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia