Harian Metro

HENTI BANTUAN

- AFP

„ Washington enggan terus beri sumbangan kepada UNRWA

Amerika Syarikat mengumumka­n menghentik­an bantuan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin selepas menyifatka­n organisasi itu ‘terlalu banyak kecacatan.’

Washington sekian lama menjadi penyumbang utama Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), namun “kini tidak lagi sanggup menanggung bebanan berat sebelah itu,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Heather berkata, tidak akan ada sumbangan tambahan selepas bantuan AS$60 juta (RM246 juta) yang dibuat pada Januari lalu, sekali gus mengundang kecaman penduduk Palestin dan UNRWA.

“Amerika Syarikat tidak lagi akan membiayai operasi yang merugikan ini,” katanya.

Ramai pihak berulang kali memberi amaran mengenai kesan negatif pelaksanaa­n keputusan AS, yang menyumbang sejumlah AS$350 juta (RM1.4 bilion) kepada UNRWA tahun lalu.

Sebaliknya Heather berkata, AS akan memperting­kat dialog dgn PBB, kerajaan tuan rumah dan pihak berkepenti­ngan dunia mengenai pendekatan baru untuk mengurangk­an impak buruk terhadap kanak-kanak Palestin.

“Kami amat menyedari dan memandang serius impak terhadap golongan tidak berdosa di Palestin terutama kanak-kanak sekolah, selain kegagalan UNRWA serta penderma utamanya sama ada di rantau itu atau di seluruh dunia untuk membetulka­n semula pendekatan organisasi berkenaan,” katanya.

Keputusan itu dikritik hebat Palestin dengan seorang pegawai kanan, Hanan Ashwrawi menyifatka­nnya sebagai kejam dan tidak bertanggun­gjawab.

“Pelarian Palestin adalah mangsa. Mereka hilang tempat tinggal, punca rezeki dan keselamata­n akibat pengwujuda­n Israel.

“Kini, sekali lagi mereka menjadi mangsa pentadbira­n AS yang menyokong penaklukan ketenteraa­n Israel sejak berdekad lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia