Harian Metro

KEMPEN TERBAIK JDT

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

„ Pencapaian Harimau Selatan tak jejas aksi mereka dalam saingan Piala Malaysia

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencapaian mereka dalam saingan Piala Malaysia tidak akan memberi kesan kepada perancanga­n kelab itu tahun depan.

Beliau berkata, JDT mengharung­i salah satu kempen terbaik musim ini dan tiada tekanan untuk mereka mempertaha­nkan kejuaraan Piala Malaysia.

“Saya rasa ini adalah tahun terbaik di JDT. Kenapa? Kami bukan saja mencapai sasaran untuk memenangi Liga Super untuk kali kelima berturut-turut, kami juga berjaya layak bermain dalam Liga Juara-Juara AFC yang berprestij.

“Ketika ini kempen Piala Malaysia sedang berlangsun­g dan kami belum lagi mencapai prestasi tertinggi dan kami memasuki perlawanan akhir kumpulan dengan memerlukan kemenangan untuk kami mara ke peringkat seterusnya. Kami membenarka­n tujuh pemain kami termasuk seorang pemain utama kami, Safawi Rasid untuk bermain bersama Malaysia di Sukan Asia.

“Saya amat gembira serta bersyukur tahun ini dan ia tidak akan berubah apa-apa sama ada kami memenangi Piala Malaysia atau tidak. Sudah tentu kami mahu memenangin­ya, tapi ia tidak akan mengubah banyak di dalam kelab selain menambah trofi lain untuk koleksi 11 trofi kami dalam tempoh lima tahun.

“Saya beri jaminan kepada anda, kami akan mempunyai skuad yang kuat tahun depan. Saya yakin dengan perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Johor Southern Tigers semalam.

Nasib JDT untuk melepasi saingan Kumpulan C Piala Malaysia belum pasti selepas mengalami kekalahan 1-3 kepada Kedah di Alor Setar malam kelmarin, iaitu kekalahan ketiga sekali gus menyaksika­n mereka kini menduduki tangga ketiga kumpulan.

Namun peluang mereka masih ada andai meraih ke- menangan ke atas pendahulu MIFA pada aksi terakhir 16 September ini.

Bagaimanap­un Tunku Ismail mengakui tertanya-tanya sama ada pemain masih bermotivas­i mengejar gelaran Piala Malaysia.

“Pemain mencapai sasaran mereka dengan memenangi gelaran liga dan begitu bermotivas­i melakukann­ya. Sekarang sudah menjelang akhir musim dan saya tertanya-tanya adakah sesetengah pemain mahu berehat lebih lama selepas kempen liga yang melelahkan dan sebelum bermulanya musim 2019.” itu juga tidak membawa beberapa pemain utama ke Oman termasuk penyerang Hadi Fayyadh Abdul Razak dan pemain tengah Shivan Pillay Asokan.

 ??  ?? PEMAIN import Kedah, Sandro da Silva (kiri) diasak pemain import Johor Darul Ta’zim, Fernando Gaston pada perlawanan, kelmarin.
PEMAIN import Kedah, Sandro da Silva (kiri) diasak pemain import Johor Darul Ta’zim, Fernando Gaston pada perlawanan, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia