Harian Metro

Jadual padat tak halang Akhyar, Nik Akif

-

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 19 tahun negara Bojan Hodak percaya jadual padat diharungi Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat tidak menjejaska­n prestasi dua tonggak utama itu bersama pasukan pada Kejohanan B-19 AFC di Indonesia, Oktober depan.

Penyerang Kedah, Akhyar dan Nik Akif yang menjadi nadi tengah Kelantan kini sibuk membantu pasukan masing-masing mengharung­i kempen Piala Malaysia selepas pulang bersama skuad B-23 di Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini.

Dua pemain muda berusia 19 tahun itu mendapat panggilan jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe bagi sesi latihan pusat kebangsaan dan terpaksa diketepika­n daripada skuad B-19 yang berlepas ke Muscat, Oman semalam bagi latihan dan siri perlawanan persahabat­an.

(gambar)

Hodak yakin Akhyar dan Nik Akif tidak akan terbeban dengan saingan domestik serta antarabang­sa yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada prestasi menjelang Kejohanan AFC itu.

“Akhyar dan Nik Akif bermain dalam Liga Super dan sudah biasa dengan jadual padat. Tidak perlu risau kerana mereka boleh menguruska­n diri dengan baik. Tidak semua perlawanan Akhyar dan Nik Akif akan bermain selama 90 minit, jadi saya fikir ia bukan satu masalah.

“Akhyar dan Nik Akif akan bersama skuad senior jadi ini satu pengalaman baik buat mereka untuk membantu pasukan di Kejohanan AFC nanti,” katanya.

Selain Akhyar dan Nik Akif, pengendali dari Croatia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia