Harian Metro

TAMPARAN BUAT PEMAIN

-

Edisi Sukan Asia di Indonesia kali ini nyata satu tamparan hebat untuk barisan pemain negara serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Apa tidaknya, inilah kali pertama skuad negara gagal meraih sebarang pingat walaupun sebutir gangsa sejak edisi 1986 di Seoul.

Secara peribadi saya sendiri mengharapk­an aksi cemerlang daripada barisan pemain beregu negara serta beregu campuran yang menjadi sandaran untuk meraih pingat.

Namun semua pemain terbabit gagal memenuhi sasaran ditetapkan. Inilah masalah pemain negara.

Apabila diletakkan harapan dan menjadi tumpuan, mereka gagal menterjema­hkannya dalam bentuk kejayaan.

Siapa harus dipersalah­kan atas kegagalan ini? Pasti itu soalan paling popular ketika ini selepas menyaksika­n aksi longlai semua wakil negara.

Adakah ia perlu ditujukan kepada Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria

Saya fikir tidak.

Bukan mahu ‘kipas’ tuan presiden, tetapi saya rasa Norza sudah melakukan tugasnya termasuk sebelum ini dilihat ‘gentleman’ melepaskan tanggungja­wab selaku Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han

(gambar)?

dan Latihan (C&T) kepada Datuk Ng Chin Chai selepas kegagalan Piala Thomas.

Kemudian banyak perubahan yang sudah dilakukan oleh Norza terutamany­a mementingk­an aspek pembanguna­n tanpa mengabaika­n pemain muda.

Bagi saya, ketika ini perlu ada rombakan dalam C&T kerana ia jawatankua­sa yang cukup penting buat pemain dan jurulatih.

C&T itu sendiri perlu dilihat positif tanpa menyebahi mana-mana pihak atau bermain politik.

Sebab pada akhirnya keutamaan perlu diberikan kepada pemain dan jurulatih.

Pendek kata C&T itu sendiri perlu dipimpin oleh mereka yang benar-benar layak dan sanggup mengorbank­an masa untuk jawatankua­sa itu.

Jika tiada sebarang perubahan besar, saya fikir prestasi pemain negara akan statik dan tidak mampu ke mana-mana.

Jadi nak berubah atau tidak? Tepuk dada tanya selera. Jumpa lagi!

„ Skuad badminton gagal raih sebarang

pingat biarpun sebutir gangsa

 ??  ?? PEMAIN perseorang­an badminton negara, Liew Daren selepas tewas kepada Kento Momota dari Jepun.
PEMAIN perseorang­an badminton negara, Liew Daren selepas tewas kepada Kento Momota dari Jepun.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia