Harian Metro

Tak puas hati tempat kelima

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penamat tempat kelima di Sukan Asia Indonesia nyata tidak memberi kepuasan kepada pengendali skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah.

Sebaliknya, beliau berasakan masih ada misi yang perlu diselesaik­an selepas ini, iaitu Siri Hoki Akhir tahun depan yang menjadi kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Dalam perbincang­an baru-baru ini dengan setiap pemain, semua berasa sedih sebab kami tidak mendapat apa-apa daripada Sukan Asia kali ini.

“Semua pemain berjanji untuk setia bersama pasukan kebangsaan hingga kami meraih kejayaan yang diinginkan.

“Mereka juga meminta saya supaya jangan tinggalkan pasukan, sebaliknya kekal membimbing mereka.

“Memang saya sendiri rasa perjuangan ini belum selesai. Saya masih tak puas hati dan bermula dari sekarang, kami perlu bekerja lebih keras untuk menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.

Dharma berkata, untuk baki tempoh tahun ini, beliau akan meneruskan latihan seperti biasa serta melepaskan beberapa pemain yang sudah mendapat tawaran beraksi di luar negara.

“Dari sekarang hingga Disember tiada sebarang kejohanan. Cuma Kanada akan hadir ke Malaysia untuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabat­an dengan skuad negara,” katanya.

Skuad negara gagal mara ke separuh akhir meskipun mempamer aksi meyakinkan pada peringkat kumpulan termasuk mengikat pasukan gergasi dunia China 2-2.

Penamat kelima di Jakarta menyamai pencapaian 2006 di Doha. Sukan Asia kali ini.

“Saya boleh mengucapka­n tahniah kepada presiden selepas kejayaan Sukan Asia yang amat mengagumka­n,” kata Bach.

“Oleh itu, IOC amat menghargai pencalonan Indonesia untuk Sukan Olimpik 2032.” - AFP

 ??  ?? SKUAD hoki wanita akur tamat kempen Sukan Asia di tempat kelima.
SKUAD hoki wanita akur tamat kempen Sukan Asia di tempat kelima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia