Harian Metro

‘KALAU DAH BUKAN REZEKI’

-

Malaysia seharusnya menyalahka­n diri sendiri selepas gagal mempertaha­nkan kelebihan gol apabila tumbang 1-3 kepada Jepun menerusi penentuan shoot-out.

The Speedy Tigers mendahului lawan 4-2 pada separuh masa pertama namun tidak mampu mengekang kebangkita­n Jepun yang berjuang hingga wisel penamat untuk mengikat kedudukan 6-6, sekali gus memaksa penentuan penalti.

Skuad kendalian Stephen Van Huizen bermula dengan penuh yakin apabila Razie Rahim mempamerka­n kepakarann­ya Jakarta: Indonesia membuat perancanga­n mengejut untuk membida penganjura­n Sukan Olimpik 2032 selepas kejayaan menganjurk­an Sukan Asia 2018.

Presiden Joko Widodo mendedahka­n hasrat Indonesia itu selepas berbincang dengan Presiden Jawatankua­sa menerusi pukulan sudut penalti seawal minit keempat bagi mendahului 1-0.

Namun, ia tidak bertahan lama apabila lawan menjaringk­an gol padang pada minit kesembilan menerusi Seren Tanaka.

Dua ledakan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-11 dan 12 memberi kelegaan kepada skuad negara disusuli pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-17.

Tuan rumah Sukan Olimpik 2020 itu merapatkan kedudukan menerusi gol kedua pada minit ke-23 untuk kedudukan 4-2 menuju tamat separuh masa pertama.

Jepun di ranking ke-16 dunia memperkema­skan permainan sebaik babak kedua bermula namun anak buah Van Huizen kekal berdisipli­n mempertaha­nkan gawang S Kumar supaya tidak dibolosi dengan mudah.

Malaysia, pasukan ranking ke-12, jelas tidak mahu bertahan dan memburu lebih banyak jaringan bagi memastikan kedudukan lebih selesa.

Akhirnya gol kelima hadir menerusi tolakan Amirol Aideed Arshad pada minit ke-50 namun ia hanya membakar semangat melawan lawan apabila Jepun meledak tiga gol menerusi Kentaro Fukuda (m-52), Kenta Tanaka (m-53) dan Koji Yamasaki (m-58).

„ Skuad hoki negara akur Jepun ragut impian emas

Tengku Ahmad Tajuddin meledak jaringan ketika perlawanan berbaki seminit menerusi pukulan sudut penalti namun ketika berbaki 20 saat, lawan menjaringk­an gol menerusi pukulan sudut penalti Hiromasa Ochiai.

Kejayaan menumbangk­an juara bertahan, India pada separuh akhir dalam shoot-out tidak mampu diulangi apabila Faizal Saari, Meor Muhamad Azuan Hasan dan Tengku Ahmad Tajuddin gagal menerjah jaring untuk memberikan kemenangan 3-1 kepada lawan.

Berikutan itu skuad negara gagal meraih emas pertama Sukan Asia dan tiket awal ke Olimpik Tokyo.

 ??  ?? REAKSI kecewa skuad hoki negara selepas kecundang di tangan Jepun, malam tadi.
REAKSI kecewa skuad hoki negara selepas kecundang di tangan Jepun, malam tadi.
 ??  ?? PEMAIN negara, Meor Azuan (tengah) dihalang dua pemain Jepun pada aksi final di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, malam tadi. GOL penyamaan Jepun pada hujung aksi mengheret perlawanan ke penentuan shoot-out.
PEMAIN negara, Meor Azuan (tengah) dihalang dua pemain Jepun pada aksi final di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, malam tadi. GOL penyamaan Jepun pada hujung aksi mengheret perlawanan ke penentuan shoot-out.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia