Harian Metro

REALISASI EMAS KETUJUH

-

„ Skuad skuasy lelaki pastikan sasaran pingat kontinjen

negara tercapai dengan menumbangk­an Hong Kong

Semangat kemerdekaa­n jelas menyerap kepada skuad skuasy lelaki yang memastikan sasaran tujuh emas kontinjen Malaysia tercapai dengan melakar kejutan menumbangk­an Hong Kong 2-1 dalam aksi final malam tadi.

Tampil sebagai perseorang­an ketiga negara, Ng Eain Yow mempamerka­n keazaman yang tinggi berdepan pemain ke-21 dunia yang juga pemenang emas acara individu, Leo Au.

Pemain ke-44 dunia itu tidak berdepan kesukaran apabila menang dalam aksi tiga set 11-7, 11-7, 11-4 dalam tempoh 32 minit.

“Ramai yang meragui kemampuan kami meraih emas namun kami tetap yakin ada peluang. Kami beri semua yang termampu. Amat bangga dengan pencapaian ini.

“Saya melihat dua rakan sepasukan beraksi dengan penuh semangat dan saya juga mahu memberikan yang sama di set penentuan selepas terikat 1-1,” jelasnya yang mengharapk­an Program Podium dapat diteruskan kerana menyumbang kepada kejayaan mereka.

Jelasnya, dia sudah melakukan persiapan terperinci sebelum menentang pemenang emas acara individu dari Hong Kong itu.

“Saya turun dengan perancanga­n yang jelas, apa yang harus dilakukan dan tidak meletakkan tekanan kepada diri sendiri.

“Saya tidak bermain dalam individu, jadi saya perlu beri semuanya dalam acara berpasukan,” katanya.

Terdahulu Ivan Yuen yang turut sebagai perseorang­an pertama tewas kepada Yip Tsz Fung 7-11, 18-20, 11-9, 8-11.

Bagaimanap­un kapten negara, Nafiizwan Adnan bangkit menyamakan kedudukan 1-1 apabila menewaskan pemain ke-19 dunia, Max Lee dalam aksi tiga set 11-9, 11-7, 11-7 dalam tempoh 33 minit.

Kejayaan skuad lelaki negara itu juga adalah yang pertama selepas perak pada edisi 2010 dan 2014.

 ??  ?? SKUAD skuasy negara menunjukka­n pingat yang diraih mereka.
SKUAD skuasy negara menunjukka­n pingat yang diraih mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia