Harian Metro

Pelancong asing curiga rasa Musang King

-

Kota Kinabalu: Setiap kali tiba musim buah-buahan, tempat letak kereta di bawah jejantas di Segama, di sini, menjadi tapak pesta ratusan pengunjung memilih raja buah itu.

Lebih 10 deretan gerai menjual durian dan pelbagai buah-buahan tempatan lain, termasuk buah eksotik di Sabah, dijual di atas meja, lori atau dilonggokk­an di dalam bakul mulai jam 5 petang hingga larut malam setiap hari.

Peniaga, Hasbian Habe, 34, berkata, lokasi itu sentiasa menjadi tumpuan orang ramai, termasuk pelancong asing untuk mencari buah-buahan, khususnya durian.

“Ibu saya menjual di sini sejak 1980-an. Ia adalah lokasi strategik dan selalu dikunjungi ramai pelancong.

“Kebanyakan pelanggan kami adalah penduduk tempatan dan pelancong, sebahagian besar dari China,” katanya kepada wartawan.

Hasbian yang menjual durian di atas kargo lorinya, berkata, 70 peratus durian jualannya dibawa dari Sipitang, manakala selebihnya dari Papar, Ranau dan Tawau.

Katanya, durian

Musang King paling dicari dalam kalangan pelancong China dan dia membawa kira-kira 900 kilogram durian pelbagai jenis durian setiap hari.

Menurutnya, durian kampung dijual antara RM15 hingga RM20 sekilogram.

“Ramai pelancong dari Barat tidak mengenali buah durian dan mereka hanya ingin mencuba untuk merasainya. Jadi kami beri mereka cuba secara percuma,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Chua Lee Fan, 60, berkata dia mendapat bekalan durian dari Sipitang, Keningau, Tenom dan Papar, serta dari kebun sendiri di Kinarut dan Tamparuli yang dijual bermula RM17 sekilogram.

“Keluarga saya berniaga di sini sudah 40 tahun, selain Segama, kami juga berniaga di Luyang tetapi pelancong tidak pergi ke kawasan itu, biasanya penduduk tempatan,” katanya.

Selain durian, turut dijual ialah buah-buahan lain seperti rambutan, nanas, mangga, manggis serta kuih-muih, makanan bergoreng dan makanan tempatan lain.

 ??  ?? GERAI jualan durian
dan buah-buahan lain di bawah jejantas di Segama menjadi tumpuan hingga
larut malam.
GERAI jualan durian dan buah-buahan lain di bawah jejantas di Segama menjadi tumpuan hingga larut malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia