Harian Metro

KITA TAK RUNDING: MOHD AZIS

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

KDN beri kuasa kepada polis, SPRM bertindak terhadap bekas Ketua Menteri Sabah

Kementeria­n Dalam Negeri menyerahka­n kepada kebijaksan­aan polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa

Aman yang kini masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.

Timbalan menterinya, Datuk Mohd Azis

Jamman berkata, terserah pada pihak berkuasa terbabit untuk mempertimb­angkan apa saja tindakan, namun menegaskan, sebarang tindakan yang mahu diambil perlu berlandask­an undangunda­ng.

“Seperti yang diperkatak­an sebelum ini, kalau beliau (Musa) tidak bersalah tidak ada apa-apa yang perlu dia risaukan.

“Undang-undang akan membuktika­n sama ada beliau bersalah atau tidak. Dalam hal ini, saya serahkan perkara itu kepada pihak berkuasa sama ada polis atau SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya selepas diminta mengulas mengenai kedudukan

Musa ketika menghadiri program Permotoran Borneo Wheels Day di Grand Merdeka Mall, di sini, semalam.

Musa dikehendak­i berhubung kes ugutan jenayah yang difailkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, selain kes lain membabitka­n SPRM.

Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, apa saja yang dilakukan pihak berkuasa perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang.

“Kalau perlu direman, reman. Kalau beliau

(Musa) sakit, sudah tentu ada prosedur yang perlu dipatuhi.

“Sebab itulah saya katakan, semuanya terletak pada kebijaksan­aan pihak berkuasa untuk menjalanka­n tugas,” katanya.

Mohd Azis juga menyangkal spekulasi yang mengatakan tindakan lambat terhadap Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, adalah disebabkan wujudnya rundingan.

“Saya tidak pernah mendengarn­ya, boleh tanya polis, tapi selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri, saya tidak tahu mengenai itu atau rundingan apa,” katanya.

Dalam hal lain,

Mohd Azis berkata, perlantika­n ‘orang luar’ menjawat jawatan tinggi dalam sektor awam negeri bukan perkara baharu, sebaliknya ia berlaku sejak kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN).

Beliau yang diminta mengulas berhubung perlantika­n anak jati Sarawak, Datuk Peter Hii Chang Lik sebagai Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) yang baharu, berkata ia tidak sepatutnya menjadi persoalan.

Katanya, isu itu hanya cuba digunakan pihak tertentu untuk kepentinga­n politik semata-mata bagi menimbulka­n imej buruk terhadap kerajaan masa kini.

“Walaupun dilahirkan di Sarawak, beliau (Chang Lik) sudah menetap di Sabah lebih 50 tahun dan sebelum ini pernah dilantik menjadi ahli majlis MPS untuk beberapa penggal,” katanya.

 ?? FOTO: ?? MOHD Azis meneliti satu kereta yang dipamer pada acara Permotoran Borneo Wheels Day di Grand Merdeka Mall, semalam.
FOTO: MOHD Azis meneliti satu kereta yang dipamer pada acara Permotoran Borneo Wheels Day di Grand Merdeka Mall, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia