Harian Metro

Projek LRT tak batal

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri Sarawak tidak membatalka­n projek Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), sebaliknya menangguhk­annya bagi memberi tumpuan kepada projek pembanguna­n luar bandar.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, fokus kerajaan negeri kini adalah bagi memastikan projek pembanguna­n luar bandar yang dirancang sebelum ini dapat dilaksanak­an secepat mungkin demi kepentinga­n rakyat.

Beliau berkata, kerajaan negeri menerusi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) memberikan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun kepada setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melaksanak­an pembanguna­n di kawasan masing-masing.

Katanya, tumpuan kepada peningkata­n infrastruk­tur seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya giat dijalankan bagi memastikan kawasan luar bandar menerima manfaat terbaik.

“Saya nafi projek LRT dibatal tapi buat masa ini, ia ditangguhk­an kerana peruntukan sedia ada akan disalurkan untuk pembanguna­n luar bandar.

“Apabila projek pembanguna­n luar bandar sudah dilaksanak­an sepenuhnya kelak, kerajaan negeri akan meneruskan projek LRT seperti yang dirancang sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Projek LRT di Sarawak dirancang sebelum ini bagi menghubung­kan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, bertujuan mengurangk­an kesesakan lalu lintas, khususnya pada waktu puncak.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Presiden PBB mengingatk­an wakil rakyat GPS supaya memastikan projek pembanguna­n yang diluluskan kerajaan negeri berjalan lancar seperti yang dirancang.

 ??  ?? ABANG Johari (kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB.
ABANG Johari (kanan) mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia