Harian Metro

TETAK IBU BAPA

- Junaidi Ladjana cnews@nstp.com.my

„ Lelaki mengamuk tak dapat halau orang tua

Berang gagal menghalau ibu keluar dari rumah menyebabka­n seorang lelaki mengamuk lalu menetak ibu dan bapa tirinya menggunaka­n pisau pemotong daging hingga parah.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, mangsa diserang ketika berada di rumah mereka di Kampung Saga, Jalan Numbak, Manggatal, di sini.

Kejadian menyebabka­n ibu suspek berusia lingkungan 50 tahun cedera di lengan kiri manakala bapa tirinya berusia 66 tahun parah di kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan mendapati suspek dikatakan mahu ibunya keluar dari rumah tanpa sebab munasabah tetapi ibunya enggan yang menyebabka­n suspek berang lalu mengambil pisau.

“Bapa tiri suspek yang kebetulan melihat kejadian itu cuba menghalang anak tirinya (suspek) daripada menetak ibunya.

“Suspek yang marah kerana dihalang oleh bapa tirinya, bertindak agresif menetak mangsa di bahagian kepala sebanyak tiga kali, di lengan dan bahagian siku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Habibi berkata, bapa tirinya kemudian berlari ke luar rumah dan meminta pertolonga­n daripada jiran.

“Anggota polis yang menerima laporan itu kemudian segera ke lokasi dan suspek berjaya ditahan di kawasan kampung berkenaan jam 11.20 pagi.

“Polis juga merampas pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? BAPA tiri suspek cedera ditetak.
BAPA tiri suspek cedera ditetak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia