Harian Metro

SHARON SAHUT CABARAN EKSTREM

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Mengacara program sambil menjelajah ke destinasi popular di serata negara nampak menyeronok­kan, namun ia tidak mudah apatah lagi membabitka­n aktiviti yang menuntut daya stamina kuat dari segi fizikal dan mental.

Namun, Ikon Metro minggu ini, Sharon

Kung, sanggup menyahut cabaran dalam rancangan travelog Jom Kayuh menerusi sukan ekstrem berbasikal bukit atau ‘mountain bike’.

Meskipun pernah cedera akibat terjatuh ketika berbasikal dan menerima lima jahitan, wanita dari Tambunan ini tidak berputus asa, sebaliknya tetap bersemanga­t untuk meneruskan kerjaya itu.

“Seawal usia kanakkanak, saya meminati aktiviti lasak tapi sejak menjadi pengacara program ini, sudah semestinya lebih mencabar kerana perlu melalui laluan berbasikal yang curam.

“Saya cedera ketika menjalanka­n penggambar­an di sekitar Sabah tetapi tetap meneruskan tugas sehingga selesai,” katanya.

Sharon yang menjadi pengacara rancangan itu sejak awal 2017, mengakui banyak perkara baharu perlu dipelajari namun berpegang pada prinsip ‘lakukan selagi mampu’ membuatkan­nya terus berusaha bagi mencapai impian meneroka kerjaya dalam bidang penyiaran khususnya.

“Sebagai pengacara televisyen, saya bukan saja berperanan untuk memastikan aktiviti berjalan lancar, malah juga memastikan hasil kerja sentiasa memberi kepuasan serta pelbagai maklumat kepada penonton.

“Sambil menjadi jurupandu arah artis, saya perlu menerangka­n info mengenai lokasi berbasikal atau destinasi menarik.

“Apa yang menyeronok­kan, saya sendiri merasai pemandanga­n indah setiap kali pergi ke mana-mana destinasi tanpa rasa jemu,” katanya.

Sharon berkata, setakat ini dia menjalanka­n aktiviti penggambar­an di Kota Kinabalu, Kudat dan Ranau di Sabah serta beberapa lokasi di Sarawak dan Semenanjun­g yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Gadis berketurun­an Sino Dusun ini berkata, selain menjadi pengacara program Jom Kayuh, dia aktif mengadakan ‘Make up tutorial’, modeling dan berlakon dalam beberapa telemovie tempatan.

Katanya, setiap pekerjaan pasti tidak terlepas daripada kesilapan, namun ia harus dilalui dengan tabah dan menjadikan ia pengalaman untuk tampil lebih baik.

“Bagi saya, belajar daripada kesilapan adalah penting untuk memperbetu­lkan sesuatu perkara dan terus maju ke peringkat lebih tinggi agar mudah diterima pelbagai pihak dalam kerjaya yang saya ceburi,” katanya.

Sharon anak sulung daripada tiga beradik berharap kerjaya sebagai pengacara dan pelakon dapat diteruskan kepada peringkat lebih tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia