Harian Metro

IKLAN ALONG BERLELUASA

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Iklan sindiket pinjaman wang di sekitar BDC, di sini, mengundang rasa kurang senang penduduk setempat yang melihatnya sebagai masalah yang masih membelengg­u masyarakat.

Tiang elektrik, dinding kedai dan pondok bas antara lokasi yang sering menjadi sasaran sindiket pinjaman wang mengiklank­an kegiatan mereka.

Bagi penduduk,

Henry Jerip, 32, tindakan sindiket haram yang tetap berani menawarkan skim pinjaman wang menunjukka­n aktiviti itu masih tidak berkesudah­an.

Katanya, walaupun pelbagai pihak khususnya media sering memaparkan kisah yang menjerat peminjam wang, ia masih lagi dilihat berleluasa.

“Saya lihat iklan pinjaman wang masih banyak ditampal sindiket haram berkenaan di kawasan perumahan dengan harapan masih ada yang terpedaya dengan tawaran mereka.

“Namun, ia sebenarnya hanya akan menjerat peminjam dengan kadar faedah yang terlalu tinggi selain mereka mungkin berdepan ugutan jenayah sekiranya tidak mampu membuat bayaran balik,” katanya.

Bagi Juliana Bujang Ali, 26, pihak berkuasa seperti Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) perlu lebih agresif menurunkan iklan berkenaan selain mengetatka­n undangunda­ng.

Menurutnya, mereka yang didapati menampal iklan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan perlu diambil tindakan tegas supaya tidak sewenangwe­nangnya bertindak sedemikian sehingga mencacatka­n pemandanga­n sekitar.

“Iklan pinjaman wang haram ini tidak boleh dipandang remeh kerana impak terhadap masyarakat begitu besar kerana masih ada yang akan terpengaru­h sekali gus menjadi mangsa.

“Jika ia dapat dikawal ke tahap minimum, saya pasti masalah pinjaman wang dapat dikurangka­n dan masyarakat tidak lagi terpengaru­h untuk mendapatka­n wang mudah,” katanya.

 ??  ?? IKLAN haram menawarkan skim pinjaman wang mudah kelihatan banyak di kawasan perumahan selain bangunan komersial dan laluan utama.
IKLAN haram menawarkan skim pinjaman wang mudah kelihatan banyak di kawasan perumahan selain bangunan komersial dan laluan utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia