Harian Metro

Emery ‘mekanik’ The Gunners

-

Cardiff, Wales: Unai Emery baru menempuh beberapa perlawanan bersama Arsenal, namun beliau terpaksa berdepan masalah yang ditinggalk­an Arsene Wenger.

Mesut Ozil antaranya, tiba di Stadium Emirates dari Real Madrid lima tahun lalu dengan harapan untuk membawa Arsenal ke era baru namun Wenger dilihat lebih banyak menghabisk­an masa mempertaha­nkan persembaha­n pemain tengah Jerman itu.

Tiga minggu sebelum musim baru bermula, pengganti Wenger sebagai pengurus Gunners mula dapat menghidu apa yang terbaik untuk Ozil dan mendapati ia bukan tugas yang mudah.

Sekiranya Emery dapat melakukann­ya dengan berkesan, tugasnya untuk memastikan Arsenal menamatkan saingan di kedudukan keempat terbaik dan layak ke Liga Juara-Juara akan menjadi lebih mudah.

Jika gagal seperti

Wenger, beliau perlu terus bijak untuk memikirkan bagaimana cara terbaik menangani prestasi pemain.

Ozil baru saja menandatan­gani perjanjian baru dengan kontrak tiga setengah tahun dengan gaji bernilai £350,000 (RM1.8 juta) seminggu Januari lalu.

Namun karier Ozil di Arsenal tidak begitu menyerlah dan pendekatan digunakan Wenger untuk mendapatka­n yang terbaik sama seperti ketika Ozil bermain untuk negaranya tidak menjadi.

“Dia berlatih seperti biasa bersama kelab pada setiap sesi minggu ini,” kata Emery.

“Kami mula berlatih Selasa lalu dan dia berlatih bersama pasukan setiap hari. Dia OK. Saya juga sentiasa memantau kesihatann­ya setiap hari.” - AFP

 ??  ?? EMERY galas tanggungja­wab berat ‘membina’ semula skuad Arsenal.
EMERY galas tanggungja­wab berat ‘membina’ semula skuad Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia