Harian Metro

Liverpool kekal teraju liga

-

Leicester, England: Liverpool meneruskan rekod cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris selepas menundukka­n Leicester City 2-1 di Stadium King Power, malam tadi.

Bagaimanap­un, pintu gol skuad kendalian Juergen Klopp itu bolos buat kali pertama selepas empat perlawanan musim ini yang berpunca daripada kesilapan penjaga gol mereka sendiri, Alisson Becker.

Kemenangan itu menyakmera­ih

sikan Reds mengumpul 12 mata selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut, sementara The Foxes yang menang dua kali enam mata.

Anak didik Klopp hanya memerlukan 10 minit untuk berada di depan selepas Sadio Mane bijak menyempurn­akan hantaran Andy Robertson.

Roberto Firmino kemudian menambah gol kedua pada hujung babak pertama apabila menyudahka­n bola sepakan penjuru James Milner.

Kesilapan Alisson yang dilihat cuba menggelece­k di dalam kotak penalti mengundang padah apabila Kelechi Iheanacho berjaya merampas bola sebelum hantaranny­a mudah disudahkan Rachid Ghezzal pada minit ke-63.

Liverpool yang memperlaha­nkan permainan mereka pada babak kedua dan jaringan daripada Ghezzal dilihat memberi semangat tambahan buat Leicester untuk terus mencari gol penyamaan.

Klopp turut melakukan pertukaran dengan membawa masuk Xherdan Shaqiri bagi menggantik­an Mohamed Salah pada minit ke-71, namun gagal menambah jaringan buat Reds. - Reuters

 ??  ?? FIRMINO (kiri) tamat kemarau jaringan selepas cetak gol kedua pasukan di Stadium King Power, malam tadi. MANE ledak jaringan pertama buat Reds.
FIRMINO (kiri) tamat kemarau jaringan selepas cetak gol kedua pasukan di Stadium King Power, malam tadi. MANE ledak jaringan pertama buat Reds.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia