Harian Metro

‘SAYA AKAN BANGKIT’ - FATIN SYAHIRAH

Fatin dikecam kerana prestasi hambar di Sukan Asia sedia tutup mulut pengkritik

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Kecaman hebat netizen terhadap prestasi buruk di Sukan Asia Jakarta-Palembang sesekali tidak akan membunuh semangat atlet wanita papan selaju negara, Fatin Syahirah Roszizi untuk mencapai kejayaan lebih bermakna dalam sukan berkenaan.

Katanya, dia bersedia untuk bangkit semula bagi menutup mulut pengkritik yang mendakwa dirinya menggunaka­n orang dalam untuk mewakili negara ke temasya sukan itu baru-baru ini.

“Ya, saya akan teruskan karier dalam sukan ini. Memang pada awalnya semangat saya sedikit luntur, tetapi berkat sokongan daripada keluarga, jurulatih dan penaja (Skate4mati­on) dan rakan papan selaju dari setiap negara saya akan buktikan yang terbaik selepas ini.

“Buat masa ini, saya hanya akan kembali ke sekolah dan menumpukan perhatian terhadap pembelajar­an dengan latihan tetap akan diteruskan setiap hujung minggu.

“Malah, saya sudah menanam janji untuk membuktika­n semua tohmahan terutama diserap menggunaka­n orang dalam itu sebagai tidak tepat. School is cool,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Gadis berusia 16 tahun itu sebelum ini diperlekeh­kan susulan aksinya di Sukan Asia 2018 di Indonesia yang menyaksika­n dia berada di tempat tercorot bagi kategori wanita.

Satu video yang memaparkan aksinya turut menjadi tular dan menerima kritikan hebat dari netizen.

Malah, video berkenaan turut mendapat perhatian dunia luar hingga legenda papan selaju dunia Tony Hawk memuat naik komen di Instagram memberi sokongan terhadap atlet muda negara berusia 16 tahun itu.

“Mestilah gembira bila dapat tahu ramai yang menyatakan sokongan kepada saya. Saya percaya mereka pun pernah melalui situasi sama dan itulah yang membuatkan mereka menjadi lebih kuat,” katanya ketika diminta memberi reaksi berhubung komen dimuat naik Hawk.

Mengakui gementar memandangk­an ia pentas terbesarny­a setakat ini, Fatin memberitah­u dia hanya mempunyai tempoh kurang dua bulan bagi menyiapkan diri untuk temasya besar itu.

Lebih memeritkan, kecederaan ligamen pada buku lali kiri yang dialaminya hanya sebulan sebelum bermula saingan itu turut menjadi punca dia tidak fokus dan gagal memukau.

 ?? FOTO: REUTERS ??
FOTO: REUTERS
 ??  ?? FATIN Syahirah ketika membuat persembaha­n pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang minggu lalu.
FATIN Syahirah ketika membuat persembaha­n pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia