Harian Metro

GEGARIA BIKIN ‘HAVOC’

„ GegarRia saji peluang seisi keluarga erat hubungan sambil bersantai

- Syalikha Sazili dan Ain Radhi cnews@nstp.com.my

Karnival GegaRia siri kelapan yang berlangsun­g selama dua hari memberi peluang kepada orang ramai untuk memanfaatk­an cuti umum dengan pelbagai aktiviti.

Cuti hujung minggu yang panjang bermula Jumaat lalu sempena Hari Kemerdekaa­n memberi kunjungan ke Putrajaya kali ini lebih bermakna.

Jika kelmarin, masyarakat dipersemba­hkan dengan perarakan sambutan Hari Kebangsaan, semalam pula terdapat pelbagai aktiviti dan persembaha­n pada Karnival GegaRia di pekarangan

Istana Kehakiman,

Putrajaya.

Pengunjung, Nurul Atiqah Mohd Sabri, 29, yang menetap di Bangi, berada di sekitar Putrajaya selama dua hari semata-mata untuk Karnival GegaRia.

“Semalam (kelmarin) selepas menyaksika­n perarakan Hari Kebangsaan

kami singgah ke GegaRia kerana lokasinya yang berdekatan dan strategik.

“Sungguhpun cuaca sangat panas, saya lebih mementingk­an keseronokk­an keluarga terutama anak-anak.

“Pelbagai aktiviti dapat saya lakukan di samping mengisi masa cuti ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jarak bukan penghalang, itu kata seorang pengunjung, Roslinda Ab Jalil, yang hadir bersama tiga anaknya masing-masing berusia dua hingga enam tahun.

“Saya bertolak seawal 9 pagi bagi melihat kemeriahan festival selain mendapatka­n informasi untuk anak-anak berkaitan pendidikan.

“Kunjungan ke sini bukanlah berhibur semata-mata, saya juga membeli buku untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, Siti Rojipah Kusnon, 62, pula berpendapa­t, festival itu memberi gambaran kepada gaya hidup sihat.

“Walaupun sudah berumur, saya masih aktif dan gemarkan kunjungan ke festival seperti ini.

“Saya meluangkan masa bersama anak, menantu dan cucu. Rasa seronok melihat mereka bersuka ria,” katanya.

Acara kemuncak persembaha­n konsert Faizal Tahir, Wany Hasrita, Stacy, Kugiran Masdo, Misha Omar dan Bunkface yang menggegark­an pentas utama.

Karnival Gegaria juga antara acara padang di bawah kempen #KitaPunya yang dilancarka­n Media Prima Berhad sejak 1 Ogos lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RIBUAN orang mengikuti konsert GegaRia malam tadi.
RIBUAN orang mengikuti konsert GegaRia malam tadi.
 ??  ?? TEMU bual bersama Noh Hujan.
TEMU bual bersama Noh Hujan.
 ??  ?? PELAKON Sangeeta Krishnasam­y pada sesi temu bual di gerai Lifestyle.
PELAKON Sangeeta Krishnasam­y pada sesi temu bual di gerai Lifestyle.
 ??  ?? PENGUNJUNG
mencuba permainan yang
disediakan.
PENGUNJUNG mencuba permainan yang disediakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia