Harian Metro

GERAKAN PERIKSA SATU NEGARA

-

Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang bermula semalam secara keseluruha­nnya berjalan lancar kecuali berkaitan aduan harga makanan di restoran di seluruh negara.

Menteri Perdaganga­n

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanap­un aduan itu ditangani dengan baik pegawai kementeria­n berkenaan dan beliau sendiri.

“Adalah dijelaskan restoran itu boleh mengenakan SST dan hasil siasatan kami berdasarka­n resit, harga yang dikeluarka­n betul dan bukan kedai itu sengaja menaikkan harga seperti dakwaan.

“Saya mengarahka­n Majlis Harga Barang Negara bersama lebih 1,000 pemantau harga agar memberikan tumpuan di kedai makan untuk memastikan tidak ada pengusaha perniagaan yang membuat penipuan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Penguatkua­saan Pencatutan di Bawah Operasi Catut 5.0 di sini, semalam.

Sebelum itu Saifuddin bersama pegawainya melawat sebuah syarikat penyelengg­araan kenderaan jenama Toyota di sini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Penguatkua­saan KPDNHEP Datuk Mohd Roslan Mahayuddin,

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Johari Alifiah dan Pengarah KPDNHEP Kedah Mohamed Fitri Hassan.

Saifuddin berkata, mulai semalam pihaknya akan melaksanak­an Operasi Catut 5.0 di seluruh negara yang merupakan kesinambun­gan daripada pelaksanaa­n

Operasi Catut 4.0 yang mula digerakkan pada 1 Jun lalu.

“Tindakan dijalankan melalui pemeriksaa­n, pemantauan dan penguatkua­saan di semua rantaian perniagaan di seluruh negara,” katanya.

Antaranya perbuatan mencatut atau mengambil keuntungan tidak munasabah di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011, adalah penandaan harga, petunjuk atau gambaran mengeliruk­an mengenai harga serta pengeluara­n resit atau invois belian.

Selain itu, mulai semalam kementeria­n itu membuka Bilik Gerakan dan beroperasi sehingga jam 10 malam bermula pukul 7 pagi yang bertujuan memudahkan pengguna membuat aduan dan pertanyaan melalui talian bebas tol 1-800-886-800.

Kementeria­n turut menyediaka­n pelbagai saluran aduan yang lain iaitu di portal rasmi KPDNKK, e-mel http://eaduan.kpdnkk. gov.my, SMS ke 15888 dengan menaip KPDNKK ADUAN, aplikasi telefon pintar EzAdu KPDNKK serta di media sosial Twitter dan Facebook KPDNKK.

“Bagaimanap­un aduan itu mesti jelas seperti butiran nama, alamat tempat diadu, butiran barangan dan harga serta resit pembelian,” katanya.

Beliau menjelaska­n peranan KPDNHEP dalam pelaksanaa­n SST bertujuan menangani aktiviti pencatutan dan manipulasi harga dengan memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan secara tidak terkawal terutamany­a yang melibatkan stok sedia ada semasa GST 0 peratus.

Sementara itu, beliau berkata, kementeria­n akan memperkena­lkan rang undang-undang mengawal harga caj perkhidmat­an penyelengg­araan kenderaan tidak lama lagi agar servis penyelengg­araan tidak dimanipula­si sehingga ia membebanka­n pengguna. - BERNAMA

Saya mengarahka­n Majlis Harga Barang Negara bersama lebih 1,000 pemantau harga agar memberikan tumpuan di kedai makan untuk memastikan tidak ada pengusaha perniagaan yang membuat penipuan dan sebagainya”

Saifuddin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGUAT Kuasa KPDNKK meneliti harga gula di pasar raya di Kuala Nerus.
SEBUAH gedung pakaian mengekalka­n harga ketika tinjauan dibuat.
ORANG ramai melihat harga barang di sebuah pasar raya di Kota Bharu.
NOTIS bermulanya SST ditampal di restoran makanan segera di Kuala Lumpur.
PENGUAT Kuasa KPDNKK meneliti harga gula di pasar raya di Kuala Nerus. SEBUAH gedung pakaian mengekalka­n harga ketika tinjauan dibuat. ORANG ramai melihat harga barang di sebuah pasar raya di Kota Bharu. NOTIS bermulanya SST ditampal di restoran makanan segera di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia