Harian Metro

SERBU KALI KELIMA

Polis tahan 16 pengunjung positif dadah dalam serbuan pusat karaoke ‘dua dalam satu’

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Tawar pakej seronok dua dalam satu. Itu kegiatan tidak bermoral dianjurkan sebuah pusat karaoke di Jalan Cheras, yang menawarkan dadah serta khidmat pelayan pelanggan (GRO) Vietnam kepada pelanggan.

Meskipun sudah pernah diserbu sebanyak empat kali sejak tahun lalu, namun pemilik premis masih berdegil meneruskan kegiatan itu.

Pelanggan perlu membayar harga bilik paling rendah bernilai RM400 sebelum disajikan wanita warga Vietnam sebagai teman berhibur.

Bagaimanap­un, pusat karaoke itu sekali lagi diserbu polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang jam 11 malam kelmarin sebelum 25 GRO Vietnam yang bekerja di premis berkenaan diberkas.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya mendapati 16 daripada pengunjung lelaki positif menagih dadah.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati semua GRO ditahan berusia dalam lingkungan 20-an. Maklumat yang kami terima berlaku kegiatan maksiat di premis ini.

“Ketika serbuan dijalankan terdapat 68 pengunjung sedang berhibur dan hasil saringan ujian air kencing mendapati

16 daripada mereka positif dadah jenis ketamin dan methapheta­mine, ” katanya ketika sidang media sejurus operasi.

Dalam operasi yang tamat kira-kira jam 2 pagi semalam, polis turut menahan lapan pekerja pusat karaoke terbabit bagi membantu siasatan.

Ahmad Dzaffir berkata, premis itu pernah diserbu sebanyak dua kali pada tahun lalu dan dua kali pada tahun ini namun dikesan masih menjalanka­n perniagaan mereka meskipun tanpa sebarang lesen.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan sempena cuti sambutan Hari Kebangsaan dan pihaknya sudah melakukan pemeriksaa­n di empat premis hiburan sejak 30 Ogos lalu selain akan meneruskan serbuan hingga 2

September depan.

 ?? FOTO: SAIRIEN NAFIS ??
FOTO: SAIRIEN NAFIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia