Harian Metro

JUNJUNG MOTOR LINTAS PAGAR

Lima remaja lelaki tunggang melulu ditahan Polis keluar 124 saman

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Sanggup junjung motosikal melepasi penghadang besi di tengah lebuh raya bagi mengelak diberkas polis.

Malah ada antara mat rempit ini meninggalk­an motosikal dan lari bersembuny­i di dalam hutan.

Itu gelagat berpuluh penunggang motosikal yang diserbu dalam Operasi Samseng Jalanan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Selatan (LEKAS) di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam, lima lelaki berusia 17 hingga 22 tahun ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan bahaya dengan melakukan aksi Superman serta wheelie di lebuh raya itu.

Selain itu, polis turut memeriksa 60 individu berusia 15 hingga 22 tahun termasuk dua remaja perempuan masing-masing berusia 16 dan 17 tahun yang mengikut teman lelaki menonton aksi lumba haram di lokasi berkenaan.

Wartawan yang menyertai operasi itu mendapati ada di antara penunggang yang mengangkat motosikal masing-masing melepasi penghadang besi di tengah lebuh raya sebaik melihat kelibat anggota polis membuat sekatan jalan raya.

Malah, penunggang motosikal sanggup meninggalk­an motosikal Yamaha LC dinaikinya dalam keadaan terbaring di dalam longkang sebelum melarikan diri di kawasan hutan berhampira­n.

Remaja perempuan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 16, berkata, dia kerap ke lokasi itu menemani teman lelakinya berusia 17 tahun melihat aksi gila dipamerkan penunggang motosikal.

“Saya datang teman boyfriend (teman lelaki). Dia nak tengok aksi mereka (pelumba) tapi dia tidak berlumba.

“Kami kerap datang sini jam 1 atau 2 pagi sebab itu masa mereka (pelumba) berkumpul dan beraksi. Dalam jam 4 hingga 5 pagi, baru kami balik.

“Ibu bapa tahu kami keluar,” katanya yang tidak bersekolah ketika ditemui di lokasi, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, 54 motosikal dan kereta Proton Wira yang berkumpul di lokasi terbabit dipercayai menyertai dan menonton lumba haram ditahan dalam operasi itu.

“Dalam operasi itu, 124 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftara­n fancy, tiada cermin sisi, ubah suai motosikal dan abai isyarat lalu lintas.

“Kami turut menyita enam motosikal ditunggang lima lelaki termasuk pelajar sekolah menengah yang melakukan aksi dan menunggang secara bahaya serta motosikal yang ditinggalk­an di dalam longkang berhampira­n lokasi dalam operasi itu.

“Kelima-lima lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya,” katanya di lokasi operasi, di sini, awal pagi semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, dalam operasi berasingan, pihaknya mengeluark­an 76 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi sempena Ambang Merdeka dilakukan di sekitar Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), di sini, semalam.

“Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu, 146 kenderaan termasuk motosikal, kereta, bas dan lori diperiksa.

“Hasil pemeriksaa­n dilakukan, 76 saman dikeluarka­n dalam operasi itu membabitka­n pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Dzaffir melakukan pemeriksaa­n terhadap motosikal yang diubah suai dalam Operasi Samseng Jalanan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya LEKAS, Kajang, pagi semalam.
AHMAD Dzaffir melakukan pemeriksaa­n terhadap motosikal yang diubah suai dalam Operasi Samseng Jalanan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya LEKAS, Kajang, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia