Harian Metro

BUNGA LIAR PENYERI BELUKAR

- Nor Aziah Sharif noraziasha­rif@hmetro.com.my

Denai sunyi laluan terbaik lihat bunga hutan

warna-warni di Boya, Australia

Penulis memenuhi sebahagian masa ketika berada di Boya, Australia Barat dengan beriadah di landasan kereta api yang sudah tidak digunakan lagi dan kini menjadi lokasi popular bagi penduduk setempat untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Trek menarik ini terletak tidak jauh dari rumah anak penulis dan seronok juga dapat memeriahka­n aktiviti cergas masyarakat di sini, sama ada sekadar berjalan pantas, berjoging, berbasikal mahupun berkuda.

Nama Boya bukan nama masyarakat asli tempatan Australia sebaliknya dikuatkuas­akan untuk diguna pakai oleh penguasa kerajaan pada awal kurun ke-20. Jauhnya Boya dengan pusat bandar Perth kira-kira setengah jam pemanduan.

Awal pagi adalah waktu paling sesuai untuk menikmati udara nyaman dan suasana segar. Terasa sayang untuk melepaskan suasana yang sebegini indah begitu sahaja apatah lagi penulis memang suka berada dekat dengan alam semula jadi. Jadi, inilah kesempatan terbaik untuk melihat keindahan bunga hutan yang menyerikan landskap semula jadi Australia Barat.

Bunga hutan sangat terkenal di Australia yang menjadikan­nya koleksi bunga hutan terbesar di dunia. Keistimewa­an bunga hutan yang tumbuh melata melitupi bumi sama ada menjalar atau merimbun ini terletak pada kelopak bunganya yang berwarna-warni. Sukar untuk menggambar­kan dengan kata-kata keindahan apabila bunga-bunga itu berkembang mekar.

Penulis menyusuri trek itu pada sebelah pagi tetapi tidak kelihatan bunga hutan. Apa yang ada hanyalah pokok rimbunan hijau. Apabila datang pada waktu petang, penulis dihidangka­n dengan pemandanga­n bunga hutan mula menguncup. Hampa. Rupanya ia tidak seperti bunga-bungaan yang ditanam, mekar sepanjang hari ketika berbunga.

Tidak diketahui jam berapa sebenarnya bunga hutan ini mula mekar. Selepas dibuat perhitunga­n, penulis cuba keluar menjelang tengah hari.

Seperti hari-hari terdahulu, penulis memulakan perjalanan dengan melangkau anak sungai yang kadangkala diletakkan dahan besar untuk menyeberan­g.

Ada kala laluan terhalang dek dahan pokok yang dihanyutka­n air deras selepas hujan. Laluan ini tidaklah sukar kerana digunakan ramai penduduk yang beriadah termasuk kumpulan warga emas atau ibu bapa membawa anak mereka berjalan. Biasanya apabila berselisih, ramai yang mesra bertegur sapa dan ada juga yang ramah berbual seketika mengenai cuaca.

Oleh kerana hujan awal pagi, dahan yang diletakkan untuk merentasi anak sungai dihanyutka­n air. Mujur ada pokok tumbang tidak jauh dari laluan yang biasa diikuti. Dapatlah penulis meniti dahan pokok berkenaan untuk menyeberan­g.

Kesukaran itu rupanya ada ganjaran. Kira-kira 50 meter dari tebing sungai, penulis dijamu pemandanga­n bunga hutan yang kembang mekar dengan pelbagai warna. Bunga jingga, ungu, biru, putih, merah, kuning, hijau jingga bercampur merah, coklat dan merah jambu tampak begitu mesra mengalukan kedatangan penulis.

Riadah penulis hari itu mengambil lebih masa daripada biasa, selain membelek-belek bunga hutan sudah tentu penulis merakamkan warnawarni bunga hutan. Penulis meneruskan langkah dan terserempa­k bunga berwarna putih dengan enam kelopak berjalur merah jambu cair dan ada kelopaknya dilatari warna kuning.

Penulis lihat bunga ungu kemerah-merahan mekar di bawah sinar mentari. Laluan yang dijelajahi untuk menikmati keindahan bunga hutan tidak menghampak­an. Bunga merah strawberi, putih berjalur ungu dan bercampur-campur merah jambu juga tidak kurang memikat.

Bunga hutan dikatakan memberi faedah kepada ekosistem setempat dan manusia. Daya tarikan bunga terhadap kumbang dan burung menggalakk­an persekitar­an sihat. Dek asyik layan bunga hutan, hari itu penulis berjalan empat kilometer pergi dan balik!

Kecantikan kelopak bunga hutan membuat penulis menjelajah ke satu lagi trek di Taman Negara John Forrest. Pemandanga­nnya juga tidak menghampak­an kerana di situ banyak bunga liar mewarnai alam hutan yang suram.

Bunga hutan dengan warna putih, ungu dan merah jambu menghiasi laluan pengunjung ke tempat air terjun Hovea Falls yang menuruni di celahcelah batu bukit. Bunyi air yang turun dari atas bukit menerbitka­n nuansa damai dengan udara segar.

Penulis berjalan satu kilometer dari pintu utama untuk sampai ke air terjun dengan menaiki laluan sempit yang boleh dilalui seorang saja pada sesuatu masa. Penulis menghela nafas lega sebaik melihat kecantikan air bukit yang di bawahnya dihiasi bunga hutan.

Taman ini menyediaka­n trek sejauh 2.2 kilometer diberi nama Laluan Jane Brook, juga asalnya adalah

 ??  ??
 ??  ?? PENULIS melepas lelah berjalan
dalam persekitar­an indah dan
tenang.
TEMPAT berehat menghadap landasan lama kereta api 1930 yang masih wujud. KEUNIKAN bunga gandingan kuning, hijau dan merah jambu umpama pelangi.
PENULIS melepas lelah berjalan dalam persekitar­an indah dan tenang. TEMPAT berehat menghadap landasan lama kereta api 1930 yang masih wujud. KEUNIKAN bunga gandingan kuning, hijau dan merah jambu umpama pelangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia