Harian Metro

PPTD GALAK AHLI SAMBUNG BELAJAR

-

Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Presint 5, Putrajaya baru-baru ini.

Sesi perkongsia­n ilmu ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang berhasrat atau bakal melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana serta ijazah doktor falsafah (PhD).

Antara inti pati yang diberikan penekanan di seminar itu merangkumi pemilihan bidang pengajian, keperluan kewangan, ketahanan mental dan fizikal serta teknik penulisan tesis dan penyelidik­an yang berkesan.

Seminar yang padat dengan perkongsia­n pengalaman dan ilmu itu dihadiri 180 pegawai kerajaan daripada pelbagai kementeria­n serta agensi.

Pada masa sama turut dihadiri Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, yang turut memberikan motivasi dan perkongsia­n pengalaman bermakna kepada semua peserta.

Dr Maszlee turut menyaranka­n peserta supaya membaca novel berjudul 'The Alchemist' hasil nukilan Paulo Coelho.

Novel yang turut menjadi kegemaran beliau itu dikatakan antara bahan bacaan membantu 'mencelikka­n' minda pembaca berkenaan kepentinga­n sesuatu perjalanan berbanding dengan matlamat yang bakal dikecapi dalam memiliki skrol ijazah.

Ini kerana ia satu elemen penting bagi bakal penuntut sarjana dan doktor falsafah memahami sebelum menempuh cabaran sepanjang tempoh pengajian.

Pada masa sama, seminar ini turut dimuatkan dengan panduan tawaran tajaan pendidikan menerusi Hadiah Latihan Persekutua­n (HLP) dan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) kepada penjawat awam yang berkelayak­an dari Bahagian Pembanguna­n Modal Insan, Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Menariknya, seminar itu turut menjemput pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Siti Uzairiah Mohd Tobi atau dikenali dengan Dr

CT, sebagai penceramah.

Sementara itu,

Pengarah Program Nadia Monira Mohamed Taib berkata, PPTD sentiasa menyediaka­n platform untuk pertukaran dan perkongsia­n ilmu kepada ahlinya.

Seminar itu turut mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada peserta yang hadir.

Beliau menyaranka­n PPTD untuk meneruskan sesi seumpama ini demi memberi impak positif dan efektif serta menggalakk­an aspek 'life long learning' kepada pentadbir kerajaan muda.

 ??  ?? PESERTA Seminar Entering the Postgradua­te World: Mental and Knowledge Preparatio­n bersama Dr Maszlee (tengah).
PESERTA Seminar Entering the Postgradua­te World: Mental and Knowledge Preparatio­n bersama Dr Maszlee (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia