Harian Metro

‘Suatu yang menyakitka­n’

-

„ Van Huizen bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap kekalahan skuad hoki negara

berpuas hati dengan pingat perak. Kita sepatutnya membunuh perlawanan itu tapi mereka (Jepun) berjaya mengejar,” katanya ketika ditemui media Malaysia selepas tamat perlawanan tersebut.

Kekalahan ini menyaksika­n Malaysia terus kempunan menamatkan penantian 60 tahun merangkul pingat mempertaha­nkan kelebihan gol apabila tumbang 1-3 kepada Jepun menerusi penentuan shoot-out.

The Speedy Tigers mendahului lawan 4-2 pada se- emas sulung acara hoki lelaki selepas turut kecundang di peringkat sama pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Lebih menyedihka­n, kekalahan yang tidak sepatutnya diterima skuad negara ini menyaksika­n Malaysia terlepas peluang layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. - BERNAMA paruh masa pertama, namun tidak mampu mengekang kebangkita­n Jepun yang berjuang sehingga wisel penamat untuk melakar keputusan 6-6.

Berikutan itu, skuad negara gagal meraih emas pertama di Sukan Asia dan tiket awal ke Olimpik Tokyo.

Van Huizen berkata, beliau dan pasukan amat kecewa apatah lagi memikirkan pingat emas sudah seperti dalam genggaman.

“Jika rakyat Malaysia dan peminat rasa kecewa, bayangkan apa perasaan kami, kami tahu ia pingat perak yang bagus tapi kami memang mahu emas,” kataya.

Mengenai perlawanan itu, Van Huizen menjelaska­n dia sudah mengingatk­an pemain tidak mencari enam atau tujuh gol dengan kelebihan satu gol sudah mencukupi tetapi atas beberapa sebab tertentu dan perasaan gemuruh semuanya tidak menjadi.

“Saya bertanggun­gjawab sepenuhnya, pemain sudah memberikan semuanya.

“Ada juga beberapa keputusan yang tidak memihak kita, pengadil tidak membenarka­n tayangan semula video rujukan, sepanjang permainan kita hanya dapat satu,” katanya.

Buat masa ini, Van Huizen menjelaska­n pemain sangat kecewa dan dia berharap agar mereka dapat bertahan serta meletakkan minda di kedudukan terbaik untuk hoki negara.

 ??  ?? PEMAIN Jepun meraikan kejayaan menjaringk­an gol penyamaan sebelum tamat masa perlawanan, kelmarin.
PEMAIN Jepun meraikan kejayaan menjaringk­an gol penyamaan sebelum tamat masa perlawanan, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia