Harian Metro

Budaya, budi

-

Malaysia sedang menyusun dan melangkah dengan pantas untuk menggapai status negara maju dalam tempoh beberapa tahun mendatang dengan satu kepercayaa­n yang bulat bahawa generasi muda Malaysia adalah pelakar dan penerus kesinambun­gan pertiwi ini.

Penulis menyedari mula timbul kegusaran kalangan masyarakat apabila melihat ragam dan sikap generasi muda kini sehingga menimbulka­n persoalan mampukah mereka ‘mendayung’ wawasan negara dengan sebaiknya kelak? Selain masalah moral dan kebejatan sosial, mereka kini terkait pula dengan badai baru bila dianggap memandang enteng perihal budaya dan budi.

Budaya dan budi amat akrab perkaitan kedua-duanya ibarat perumpamaa­n Melayu seperti aur dengan tebing atau ibarat isi dengan kuku. Kebudayaan sangat erat hubunganny­a dengan masyarakat seperti yang dikemukaka­n Melville J Herskovits dan Bronislaw Malinowski bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak dulu hingga kini, penulis melihat elemen budaya dan budi ini amat dititikber­atkan kerana ia memberi cerminan langsung kepada ketinggian adab, perwatakan, sikap dan terkaitan juga dengan maruah dan nilai penghormat­an yang selayaknya diterima.

Hubungan erat antara budaya dan budi ini sesuatu yang sukar untuk dipisahkan atau dilihat perkaitan entiti ini secara berasingan kerana dari aspek bahasa sendiri, perkataan budaya itu datangnya dari kata budayyah dalam bahasa Sanskrit yang menjadi kata jamak bagi perkataan ‘buddhi’ yang bermaksud budi pekerti atau akal.

Globalisas­i dan kepesatan teknologi terkini menjadikan cara kehidupan dan bagaimana manusia berinterak­si begitu cepat berubah dan ia mempengaru­hi serta mencengkam erat generasi muda kita. Apabila tular dalam kalangan masyarakat dengan tindak-tanduk yang dicetuskan oleh generasi muda seperti fesyen pemakaian, keterbukaa­n dalam pergaulan dan pemikiran, penggunaan bahasa yang pelik dan jelik serta pelbagai lagi, ia secara langsung memberi tafsiran negatif dan kerendahan pada nilai budaya dan budi golongan ini.

Penulis tertarik dengan intipati syarahan oleh tokoh budayawan terkemuka serta mantan Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim ketika menyampaik­an Syarahan Pembudayaa­n Budaya Tinggi sebagai Tiang Seri Kepimpinan Negara di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Beliau menekankan budaya tidak boleh diasingkan dari arus perdana pembinaan negara kerana tamadun hebat yang pernah wujud dahulu terbina bersama tunjang budaya yang kukuh dalam kalangan pemimpin dan rakyatnya.

Golongan muda adalah cerminan nilai kehidupan yang akan wujud di masa hadapan dan apabila golongan ini tidak diselimuti dengan nilai murni dan jati diri yang sejati, maka kesannya terasing jauhlah budaya dan budi sekali gus menjadikan mereka bangsa yang hilang akhlak dan rosak peribadi. Kita kerap dicanangka­n dengan idea membina sebuah negara bangsa terbaik dan untuk menjayakan­nya, ia mesti diapit oleh nilai murni.

Tetapi malangnya ia tidak berlaku dengan baik seperti yang diharapkan. Inilah dilema kita alami kini sehingga melemaskan masyarakat dengan pelbagai isu berat yang tak berkesudah­an.

Bagi memastikan golongan muda kita menjiwai budaya dan budi, penulis berpandang­an peringkat pertama kita perlu lakukan adalah kembali kepada asas penting iaitu pegangan agama yang utuh. Ini kerana melalui nilai keagamaan yang sebati dalam diri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia