Harian Metro

Keringat demi negara

-

„ Pencapaian di Sukan Asia tanda aras hala tuju sukan tanah air

Sukan: Bowling

Acara: Berpasukan, trio, masters

Sasaran: 1 emas

Pencapaian: 2 emas, 2 perak

Menepati ramalan untuk menyumbang emas pada saingan Sukan Asia kali ini dan bergelar antara sukan paling cemerlang.

Acara masters lelaki menyumbang emas kedua selepas kejayaan trio wanita, trio lelaki dan berpasukan wanita turut menambah dua lagi perak.

Sukan: Pelayaran

Acara: Open Laser 4.7, Laser Standard, Laser Radial, 470, Mix Rs One

Sasaran: 1 emas

Pencapaian: 1 emas, 1 perak, 3 gangsa

Satu daripada sukan cemerlang di temasya Jakarta-Palembang apabila menghadiah­kan emas menerusi pelayar muda Mohd Fauzi Kaman Shah.

Pelayaran juga meraih satu perak dan tiga gangsa serta bonus dua tiket ke Olimpik 2020 di Tokyo menerusi acara Laser Standard lelaki dan Laser Radial wanita.

Sukan: Hoki

Acara: Lelaki dan wanita

Sasaran: Final

Pencapaian: 1 perak

Hilang tiket automatik ke Tokyo 2020 dan hanya membawa pulang pingat perak Sukan Asia memang sesuatu yang menyedihka­n buat skuad hoki lelaki yang mencari pingat kilauan emas pertama dalam temasya Asia.

Perak bukanlah sesuatu yang buruk namun impian dan harapan besar diletakkan ke atas diri mereka sendiri menyebabka­n ia masih dianggap gagal.

Sukan: Sepak takraw (lelaki dan wanita)

Acara: Regu, berpasukan, quadrant

Sasaran: 1 emas

Pencapaian: 1 emas, 1 perak

Kemarau emas Sukan Asia ditamatkan Malaysia menerusi acara regu apabila mempamerka­n semangat juang yang tinggi menumbangk­an tuan rumah, Indonesia di pentas final.

Malah mereka membuktika­n kemampuan dengan meraih perak dalam acara berpasukan selepas memberi tentangan sengit kepada musuh tradisi, Thailand.

Analisis pencapaian kontinjen Malaysia di Sukan Asia Jakarta-Palembang. Sukan: Akuatik

Acara: Renang, terjun Sasaran: 1 perak, 2 gangsa Pencapaian: 1 perak, 3 gangsa

Kehebatan kuasa besar China memang sukar dibendung dengan mereka menguasai sepenuhnya dua tempat teratas dengan jurang mata yang besar.

Begitupun, pungutan satu perak dan tiga gangsa dalam acara terjun ketika ketiadaan juara dunia Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong selain dua rekod dalam acara renang boleh dibanggaka­n.

Sukan: Olahraga

Acara: Trek dan balapan Sasaran: 2 pingat Pencapaian: Tiada

Atlet program podium yang menyertai acara padang gagal menyerlah apabila tidak berupaya meraih pingat apatah lagi memecahkan rekod kebangsaan milik mereka sendiri.

Wakil kategori B membabitka­n pelari pecut lelaki dan wanita lebih menyerlah dengan Zaidatul Husniah Zulkifli mampu mara hingga ke final.

Sukan: Berbasikal

Acara: Trek, Lebuh Raya, BMX

Sasaran: 1 emas

Pencapaian: 1 emas, 1 perak, 1 gangsa

The Pocket Rocketman melangsaik­an sasaran diletakkan kepadanya apabila meraih emas dalam pecut individu walaupun dikejutkan dengan kekalahan dalam acara kegemarann­ya, keirin apabila menduduki tempat ketiga.

Lebih menggembir­akan pencapaian raih perak dalam pecut berpasukan bersama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis walaupun digandingk­an buat kali pertama dalam kejohanan besar.

Mereka memecahkan rekod Sukan Asia dalam pusingan kelayakan (dipecahkan kembali oleh Jepun dalam aksi penentu gangsa) dan rekod kebangsaan yang sudah berusia 10 tahun. Sukan: Skuasy

Acara: Perseorang­an, Berpasukan (Lelaki dan Wanita) Sasaran: 1 emas

Pencapaian: 2 emas, 1 perak, 2 gangsa.

Skuasy melepasi sasaran apabila skuad lelaki melakar kejutan dalam acara berpasukan menumbangk­an Hong Kong di final untuk emas ketujuh kontinjen.

Datuk Nicol Ann David memastikan emas dalam acara perseorang­an menewaskan rakan senegara, S Sivasangar­i di final walaupun mereka tidak menepati ramalan pertahan emas acara berpasukan.

Sukan: Karate

Acara: Kumite dan Kata (Lelaki dan Wanita) Sasaran: 1 emas Pencapaian: 1 gangsa

Harapan disandarka­n kepada pembawa Jalur Gemilang, Syakilla Salni Jefry Krisnan tidak kesampaian apabila dia kecundang seawal pusingan pertama kepada juara bertahan, Wen Tzuyun dari Taiwan.

Namun S Prem Kumar memastikan Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila memastikan gangsa walaupun bukan beraksi dalam kategori berat badannya.

Sukan: Memanah

Acara: Recurve dan Compound (Lelaki dan Wanita) Sasaran: Podium (Recurve berpasukan lelaki) Pencapaian: 1 gangsa

Trio compound negara diketuai Mohd Juwaidi Mazuki memastikan skuad memanah tidak pulang tangan kosong dengan gangsa selepas sandaran utama menerusi acara recurve berpasukan lelaki kecundang seawal pusingan pertama.

Perhatian yang serius perlu diberikan kepada trio recurve yang diharapkan mampu mara dan melakar kejayaan di Olimpik 2020 nanti.

Sukan: Bola sepak

Acara: Lelaki

Sasaran: Pusingan Kedua

Pencapaian: Pusingan Kedua

Skuad Bawah-23 negara akan dikenang sebagai antara yang melakar kejutan terbesar Sukan Asia 2018 apabila membenam juara bertahan Korea Selatan yang dibarisi bintang Piala Dunia dalam aksi peringkat kumpulan.

Malah hanya penalti saat akhir menafikan peluang Malaysia mara ke suku akhir untuk tumpas ke Jepun 0-1 yang kemudianny­a tumbang di final kepada Korea Selatan.

Sukan: Wushu

Acara: Nandao dan Nanquan, Jianshu dan Qiangshu, Taijian, Taijiquan

Sasaran: Dua pingat tanpa mengira warna

Pencapaian: Tiada

Tiada kilauan pingat kepada skuad wushu negara yang menghantar atlet muda dan lama walaupun secara tradisinya mereka tidak pernah gagal menyumbang emas sejak edisi 2002 hingga 2010.

Peluang terbaik adalah menerusi Tan Cheong Min dalam acara gabungan Nanquan dan Nandao untuk sekurang-kurangnya perak namun sedikit kesilapan dalam persembaha­n memusnahka­n harapan negara. Sukan: Pencak Silat

Acara: Silat Tempur dan Seni (Lelaki dan Wanita)

Sasaran: 3 emas

Pencapaian: 4 perak, 4 gangsa.

Isu juri yang tidak adil menjadi perhatian dalam pencak silat yang pertama kali dipertandi­ngkan di Sukan Asia apabila Indonesia mendominas­i 14 daripada 16 emas dipertandi­ngkan.

Kekalahan juara dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari kepada lawan tuan rumah menyentap semangat rakan sepasukan apabila tiga lagi pesilat negara meraih perak selepas tumbang di final.

Sukan: Ekuestrian

Acara: Dressage, show jumping

Sasaran: Tiada

Pencapaian: 1 perak

Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil membuktika­n dia masih berbisa dalam senario ekuestrian rantau ini selepas menyepi selama lebih lapan tahun.

Meminjam kuda adiknya, Rosenstolz bagi aksi acara dressage di Jakarta, Qabil membawa pulang perak buat negara, sesuatu yang boleh dibanggaka­n dengan dia hanya sedikit terlepas emas.

 ??  ?? AL-JUFFERI terlepas emas gara-gara keputusan juri. LEONG Mun Yee sumbang gangsa buat negara.
AL-JUFFERI terlepas emas gara-gara keputusan juri. LEONG Mun Yee sumbang gangsa buat negara.
 ??  ?? TRIO emas negara dari kiri Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Esther Cheah.
TRIO emas negara dari kiri Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Esther Cheah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia