Harian Metro

Barca pesta gol

- Reuters

„ Messi, Suarez bantu pasukan kenduri gol ke atas Huesca

Lionel Messi dan Luis Suarez masing-masing menjaringk­an dua gol ketika Barcelona membelasah Huesca 8-2, manakala Real Betis menamatkan penantian 12 tahun untuk menang ke atas seteru setempat, Sevilla dengan keputusan 1-0 di laman sendiri.

Valencia masih belum merakam kemenangan musim ini selepas terikat 2-2 di Levante, manakala Alaves bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Espanyol.

Pendatang baharu La Liga, Huesca mendahului permainan pada kunjungan pertama ke Nou Camp menerusi penyerang Colombia, Cucho Hernandez tetapi Messi kembali menyamakan kedudukan.

Gol sendiri Jorge Pulido meletakkan Barca di depan dan Suarez melebarkan jurang dengan gol pertamanya dalam lima perlawanan selepas video bantuan pengadil (VAR) membatalka­n kibaran ofsaid penjaga garisan.

Alex Gallar kemudian merapatkan jurang untuk Huesca sebelum rehat, tetapi tiga gol Barca dalam tempoh 11 minit menerusi Ousmane Dembele, Ivan Rakitic dan satu lagi daripada Messi menutup ruang untuk kebangkita­n pelawat.

Jordi Alba melengkapk­an persembaha­n cemerlang dengan menjaringk­an gol ketujuh pasukannya selepas membantu membuat umpanan untuk dua gol awal, manakala Suarez menyempurn­akan penalti dalam masa kecederaan selepas Messi menolak peluang untuk meledak hatrik.

Kemenangan besar itu melonjak Barca mengatasi Real Madrid di puncak La Liga dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas tiga perlawanan.

“Kami lena di awal permainan tetapi gol mereka mengejutka­n kami dan kami bertindak balas dengan baik,” kata Suarez.

“Memang bagus berada di puncak liga sebelum rehat perlawanan antarabang­sa, tetapi paling menarik dalam kemenangan ini ialah melihat betapa bagus kami

bermain.”

 ??  ?? SUAREZ
MESSI
SUAREZ MESSI
 ??  ?? PEMAIN Barcelona mengasak pertahanan Huesca pada saingan La Liga di Nau Camp, kelmarin.
PEMAIN Barcelona mengasak pertahanan Huesca pada saingan La Liga di Nau Camp, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia