Harian Metro

Tingkat operasi risikan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Kawalan di sempadan antara Sarawak dengan negara jiran khususnya Kalimantan Barat, Indonesia terus dipertingk­atkan bagi mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludup­an dadah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, berdasarka­n pertukaran maklumat diterima, kawasan sempadan khususnya di Tebedu dan Kalimantan Barat menjadi lokasi pilihan penyeludup­an dadah.

Katanya, bagi memastikan jenayah rentas sempadan tidak terus berlaku, pihaknya akan meningkatk­an operasi kawalan dan risikan dengan bantuan pihak berkuasa negara jiran.

“PDRM ada menjalanka­n perbincang­an bersama pihak berkuasa Indonesia dan kami mendapati penyeludup­an dadah antara masalah yang perlu diambil perhatian serius oleh kedua-dua negara.

“Bagi pihak berkuasa negara, PDRM akan memperkema­skan kawalan di sempadan dengan menempatka­n lebih ramai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk memastikan aktiviti rondaan serta risikan lebih agresif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjay­a Polis Sarawak antara Datuk Azman Yusof dengan pemangkuny­a Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, semalam.

Azman yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Perlindung­an Saksi Jabatan Perdana Menteri menjadi Pesuruhjay­a Polis Sarawak ke-24 menggantik­an Datuk Seri Amer Awal yang bersara wajib.

Dalam pada itu, Zamri berkata, pegawai dan anggota yang ditempatka­n di lokasi berisiko tinggi berlaku perlanggar­an integriti akan ditukarkan setiap lima tahun.

Katanya, ia bagi memastikan tidak berlaku perlanggar­an integriti dalam kalangan pegawai dan anggota polis yang secara tidak langsung akan memberi imej negatif kepada umum.

“Pertukaran itu bagaimanap­un akan dibuat berdasarka­n kesesuaian selain mengambil kira penugasan yang dilaksanak­an di kawasan berkenaan tidak terjejas,” katanya.

„

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia