Harian Metro

SEBAT TAUBAT

„ Dua wanita dihukum rotan titis air mata ketika hukuman dijalankan

- Kuala Terengganu

Tertuduh pertama dilihat mengalirka­n air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai, manakala tertuduh kedua mula sebak ketika menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya. Hukuman sebat pertama kali dilaksanak­an terhadap pasangan lesbian itu adalah atas kesalahan cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Kelibat seorang pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksika­n pelaksanaa­n hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, semalam adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitka­n kesalahan seumpamany­a dan disaksikan oleh lebih

100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Namun apabila hukuman dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazm­i Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederak­an.

Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunaka­n kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirka­n air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai manakala tertuduh kedua (22 tahun) mula sebak ketika menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.

Dua wanita itu dihukum sebat enam kali semalam kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaska­n denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggala­h tempoh tamat.

Beberapa pihak turut terbabit dalam pelaksanaa­n hukuman itu iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.

Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaa­n hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudianny­a tertuduh dibawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahka­n identiti mereka seperti dalam rekod.

Pegawai penjara juga bertanya kepada kedua-dua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukak­an rayuan terhadap hukuman itu.

Selepas pegawai perubatan mengesahka­n tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakan­gi mereka yang berada di galeri awam.

Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanak­an hukuman berdiri di sebelah kiri.

Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula jam 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai tiga minit setiap seorang.

 ??  ??
 ??  ?? DUA wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah
Kuala Terengganu,
semalam.
DUA wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia