Harian Metro

Derita kanser darah, kaki patah dijangkiti kuman

-

Kuantan: Seorang remaja yang aktif dalam sukan termasuk bola sepak, Muhammad Farhan Danial Kamsiran perlu melupakan alam persekolah­an sementara waktu.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, di sini, disahkan menghidap kanser darah

risiko tinggi atau Precursor

B-cell acute lymphoblas­tic leukimia (Pre-B ALL) awal Januari 2017.

Ibunya, Norehan Mohd Yunus, 54, berkata, pada Mei lalu, kedua-dua kaki anak ketiga daripada empat beradik itu pula patah akibat jangkitan kuman.

Beliau berkata, anaknya dikesan menghidap kanser apabila menjalani ujian imbasan tomografi (CT Scan) di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, selepas sakit kepala dan mata serta timbul kelenjar di bahagian bawah telinga.

“Pada 25 Disember 2016 ketika membeli pakaian untuk sesi baru persekolah­an 2017 dia mengadu sakit kepala dan mata. Sejak itu, dia kerap mengadu pening, malah hampir pitam pada hari pertama sekolah.

“Masuk hari kedua, dia tidak berdaya dan saya membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan menghidap kanser darah.

“Berikutan itu, Mohd Farhan Danial ditahan di hospital selama seminggu sebelum dipindahka­n ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selama tiga bulan untuk menjalani rawatan kimoterapi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Isap Perdana di sini, semalam.

Norehan berkata, derita Mohd Farhan Danial tidak berakhir apabila dia demam, cirit-birit, muntah dan sakit di kedua-dua kaki bermula 6 Februari lalu.

Beliau berkata, selama dua bulan dirawat di HTAA demamnya tidak kebah, malah kakinya bertambah sakit walaupun diberikan ubat dan antibiotik.

“Mohd Farhan menjalani X-ray dan menunjukka­n kaki kirinya patah tiga dan kaki kanan patah dua akibat jangkitan kuman.

“Kaki Mohd Farhan dipasang besi untuk mencantumk­an tulang dan dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) awal Mei lalu,” katanya.

Norehan dan suaminya, Kamsiran Mohd Alwi, 56, yang bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Unit Tentera Pahang membelanja­kan hampir RM30,000 sepanjang dua tahun merawat anak mereka.

“Saya mohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi belum ada perkembang­an,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurka­nnya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 11104-41-00009437-7 atas nama Norehan Mohd Yunus atau hubungi 016-9002996 untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? NOREHAN mengelap tubuh Mohd Farhan Danial yang terlantar di rumahnya di Sungai Isap Perdana.
NOREHAN mengelap tubuh Mohd Farhan Danial yang terlantar di rumahnya di Sungai Isap Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia