Harian Metro

‘Rugi tak boleh guna’

„ Pemandu lori kudung terkilan kaki palsu baharu tidak sesuai untuk bekerja

- Suraya Roslan cnews@nstp.com.my

“Alhamdulil­lah, syukur kerana saya menerima kaki palsu daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

“Namun saya sedih kerana tidak dapat menggunaka­nnya untuk memandu lori. Jadi saya terus guna kaki palsu rekaan sendiri (DIY) sebelum ini,” kata Noorshafry Abdul Malik, 47.

Pemandu lori yang menjalanka­n perniagaan katering dan peralatan muzik itu berkata, kaki palsu berkenaan yang dianggarka­n berharga RM7,000 diterimany­a kelmarin.

Jelasnya kaki palsu itu tidak sesuai dipakai ketika memandu lori berikutan dikhaskan untuk membantu orang kurang upaya (OKU) berdiri dan berjalan saja.

“Namun saya tetap bersyukur dengan sumbangan diterima dan bercadang melakukan ubah suai pada kaki palsu berkenaan supaya selesa untuk melakukan aktiviti harian,” katanya, semalam.

Katanya, selepas kisahnya dilaporkan Harian Metro, dia dihubungi ramai individu senasib yang tidak

mampu membeli kaki palsu.

“Ada beberapa individu menghubung­i saya dan minta saya buat kaki palsu DIY ini untuk mereka. Insya-Allah saya tidak hampakan mereka.

“Saya juga tak sangka kaki palsu DIY bermodalka­n RM16 ini memberi inspirasi kepada OKU lain untuk meneruskan kelangsung­an hidup mereka,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan dengan hanya bermodalka­n RM16, seorang pemandu lori membuat kaki palsu rekaan sendiri menggunaka­n paip polyvinyl chloride (PVC).

Dengan kaki palsu DIY rekaannya pemandu lori itu dapat terus bekerja selepas kaki kirinya dipotong akibat kencing manis.

Kecekalan bapa dua anak itu tular di media sosial hingga mendapat pujian netizen atas kreativiti dan kesungguha­n untuk menyara keluarga.

Dia tidak boleh terus menunggu kaki palsu yang berharga RM5,000 hingga RM50,000 untuk hidup berikutan simpananny­a semakin susut selain perlu melakukan sesuatu untuk menggerakk­an lori yang menjadi punca pendapatan utama.

Saya cadang buat ubah suai pada kaki palsu itu supaya selesa untuk melakukan aktiviti harian Noorshafry

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 31 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 31 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia