Harian Metro

‘Saya mahu anak habiskan sekolah’

-

Bota: “Sebagai ibu, saya mahu Amirul dan tiga adiknya menghabisk­an persekolah­an dan capai cita-cita mereka biarpun kami hidup serba kekurangan,” kata ibu kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Amirul Hayat Abdullah, 17, yang terpaksa bekerja demi menyara keluargany­a.

Noorhayati Said, 41, yang juga ibu tunggal berkata, sejak kisah keluarga mereka disiarkan media, dia menerima lebih 20 panggilan daripada orang ramai yang mahu membantu, selain memberi kata-kata semangat kepada mereka sekeluarga.

“Alhamdulil­lah, ramai yang sudi membantu... terima kasih kepada semua. Tidak kurang juga yang memberikan semangat terutama sokongan kepada Amirul supaya meneruskan persekolah­an.

“Kalau boleh memang saya tidak mahu anak bekerja kerana sejak kecil lagi Amirul sudah banyak berkorban demi keluarga, namun saya sangat bersyukur kerana dia seorang anak yang sangat memahami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Noorhayati berkata, buat sementara waktu Amirul tidak bekerja pada hari biasa kerana sedang menghadapi peperiksaa­n percubaan SPM.

Harian Metro, kelmarin melaporkan, seorang remaja terpaksa bekerja demi menyara keluargany­a ketika remaja seusianya sibuk mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaa­n SPM.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Yaakub di sini, sanggup mengorbank­an masanya untuk melakukan pelbagai kerja sambilan kerana kesempitan hidup sehingga beberapa kali tidak hadir ke sekolah.

Selain Amirul, adik bongsunya, Mohd Nurol Iman, 14, turut mengambil upah mengait buah sawit dengan bayaran antara RM20 hingga RM50 demi membantu meringanka­n bebanan keluarga.

Ia susulan ibunya terpaksa berhenti kerja akibat menghidap penyakit kencing manis.

Sementara itu, Amirul berkata, walaupun semua rakan di sekolah sudah mengetahui kisah hidupnya, dia tidak pernah rasa malu kerana itulah realiti yang perlu dihadapi.

Sebaliknya, Amirul mengakui dia lebih bersemanga­t kerana banyak menerima sokongan positif.

“Ramai yang memberi sokongan termasuk warga sekolah dan ibu bapa rakan sekolah yang ingin memberikan sumbangan.

“Buat masa ini, saya tidak bekerja pada hari biasa kerana SPM semakin hampir, namun tetap akan melakukan kerja sambilan pada hujung minggu untuk kelangsung­an hidup kami,” katanya

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia