Harian Metro

Pelaksanaa­n berdasar undang-undang

-

Kuala Lumpur: Kajian semula proses sebatan pesalah undang-undang syariah tidak diperlukan memandangk­an pelaksanaa­n hukuman itu tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, hukuman sebatan yang berlaku di Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, kelmarin, mengikut undang-undang syariah yang ditetapkan.

“Sekiranya hukuman sebat yang dijalankan bercanggah dengan undang-undang, maka ia wajar dikaji semula.

“Namun, jika kajian semula yang ingin dijalankan bagi tujuan penambahba­ikan, mungkin ia boleh dilakukan,” katanya kepada NSTP semalam.

Mohamad Shukri berkata demikian bagi mengulas lanjut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, semalam untuk melihat semula aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan pesalah undang-undang syariah.

Menurut Mohamad Shukri, pelaksanaa­n hukuman sebat itu dijalankan atas permintaan rakyat seperti yang dibincangk­an dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apa yang diputuskan pada Sidang DUN adalah atas keperluan dan kehendak rakyat yang dibawa wakil rakyat mereka.

“Jadi, kerajaan perlu memahami latar belakang penubuhan enakmen setiap negeri sebelum mengkaji semula sesuatu perkara,” katanya.

Menurut beliau, masyarakat

perlu memahami perbezaan antara hukuman sebat di khalayak ramai dan terbuka.

“Jika hukuman sebat dijalankan di tempat awam seperti padang atau pusat beli-belah, maka ia bersifat khalayak ramai.

“Namun, jika ia dilaksanak­an di kawasan mahkamah atau penjara, ia bersifat terbuka yang hanya disaksikan orang tertentu. Jadi, ia perkara berbeza,” katanya.

Mohamad Shukri turut menyatakan pendirian Kelantan dalam proses hukuman sebat ini sebagai proses biasa dan akan terus dilaksanak­an di negeri itu bagi memberi pengajaran kepada pesalah undang-undang syariah.

“Proses sebatan ini bukan perkara baru di Kelantan, cuma ia tidak dihebahkan kepada media atau orang awam.

“Contoh, orang Islam yang didapati minum arak di Kelantan disebat secara terbuka,” katanya.

 ??  ?? MOH AM AD Shukri
MOH AM AD Shukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia