Harian Metro

Meow comel berbaju Jalur Gemilang

-

Kuala Lumpur: Aksi kucing pelbagai baka mengenakan pakaian tradisiona­l dan Jalur Gemilang mencuri tumpuan 9,000 pengunjung program kemerdekaa­n anjuran Kelab Kucing Malaysia (KKM) di Wangsa Walk di sini, Ahad lalu.

Pemilik kucing baka American Bobtail, Maszura Sahari, 43, berkata, dia mengambil masa tiga hari menjahit gaun Jalur Gemilang untuk diperagaka­n kucing kesayangan keluargany­a, Fify yang dipelihara sejak 10 bulan lalu.

“Saya saja masuk pertanding­an itu, kebetulan Fify tidak banyak ragam dan suka bergambar.

“Idea mereka pakaian Fify ala-ala puteri ini datang dengan sendirinya kerana kami mahu tampilkan jantinanya selain menyayangi­nya bak puteri.

“Tidak sangka rekaan saya dan persembaha­n Fify menarik perhatian juri hingga tersenarai lima terbaik dalam pertanding­an itu,” katanya yang hanya mengeluark­an modal RM15 untuk menyiapkan busana kucingnya itu.

Sementara itu, Presiden KKM, Khalid Rashid berkata, program kali kedua terbabit dianjurkan sempena memeriahka­n sambutan kemerdekaa­n di samping mengutip dana Tabung Kebajikan Haiwan KKM.

“Setiap yuran penyertaan disalurkan ke Tabung Kebajikan Haiwan KKM.

“Acara kucing memperagak­an pakaian masing-masing paling unik kerana haiwan itu menggayaka­n baju kurung, Melayu dan Jalur Gemilang.

“Kriteria pemenang dinilai berdasarka­n kreativiti dan persembaha­n mengikut tema,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menganjurk­an acara jualan anak benih bunga raya untuk disumbangk­an kepada rumah perlindung­an kucing.

“Dengan mengambil simbolik bunga raya sebagai bunga kebangsaan, kami memilih menjual pokok bunga itu dengan setiap pasu berharga RM20. Hasilnya disumbangk­an untuk kebajikan kucing yang mendapat perlindung­an di Sue Ulik Mayang,” katanya.

Menurutnya, 200 haiwan peliharaan seperti kucing, ikan, arnab, ular, ketam, burung, sugar glider dan hamster dipamerkan untuk memupuk semangat cintakan haiwan dalam kalangan masyarakat.

 ??  ?? GAYA kucing memperagak­an pakaian bertema Hari Kebangsaan.
GAYA kucing memperagak­an pakaian bertema Hari Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia