Harian Metro

Tambah tanaman jana pendapatan

- Mahanum Abdul Aziz dan Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

Pelbagai kajian perlu dilakukan ke atas lebih banyak tanaman yang mampu memberi manfaat kepada negara selain kelapa sawit dan getah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kajian terbabit penting supaya lebih banyak produk dihasilkan daripada sumber tanaman di negara ini.

“Getah dan kelapa sawit bukan berasal dari Malaysia. Getah dibawa dari Brazil manakala kelapa sawit dari Afrika Barat namun tanaman ini dimanfaatk­an untuk memberi pulangan yang amat baik kepada negara.

“Sebab itu saya merasakan lebih banyak kajian perlu dilakukan ke atas lebih banyak tanaman supaya kita dapat menghasilk­an produk yang mampu menjana pendapatan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabang­sa 2018 (IRGCE 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Perasmian persidanga­n selama tiga hari bermula hari ini turut dihadiri Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low Jau Foo.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang dilakukan terhadap tanaman getah sebagai contoh memberi manfaat kepada negara.

“Kita dahulu adalah pembekal getah terbesar di dunia namun tidak lagi, sebaliknya hari ini kita sudah menjadi

„ PM mahu sektor hiliran daripada pelbagai sumber

pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia.

“Sudah tentu getah memainkan peranan penting dalam mengehadka­n jumlah kelahiran. Bayangkan dunia tanpa kondom, populasi dunia kini seramai lebih tujuh bilion mungkin bertambah kepada lebih 10 bilion,” katanya berseloroh.

 ??  ??
 ??  ?? TUN Mahathir merasmikan 9th Internatio­nal Rubber Glove Conference and Exhibition
(IRGCE) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
TUN Mahathir merasmikan 9th Internatio­nal Rubber Glove Conference and Exhibition (IRGCE) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia