Harian Metro

Aktiviti pencatutan minimum selepas SST

-

Kuala Lumpur: Pakar industri melihat aktiviti pencatutan yang minimum selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilakukan.

Selain daripada undang-undang sedia ada, pengguna semakin berpengeta­huan dan mempunyai cara yang lebih baik untuk menghukum perniagaan yang menaikkan harga sesuka hati.

Bendahari Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Alex Wong berkata, pengguna kini mempunyai kuasa dan boleh menggunaka­n kelebihan media sosial yang mampu mengakibat­kan syarikat kehilangan perniagaan.

“Hari ini, anda tidak boleh menaikkan harga sesuka hati atau anda akan dihukum. Oleh itu, saya melihat aktiviti pencatutan yang minimum selepas SST dilaksanak­an,” katanya pada Forum Masterclas­s : Impak GST kepada SST oleh CPA Malaysia dan New Straits Times di sini, semalam.

Ketua Perkhidmat­an Cukai Baker Tilly Malaysia, Anand Chelliah berkata, dalam

>>Setakat ini, sebanyak 5,443 barang dikecualik­an SST berbanding kira-kira 500 barang saja ketika rejim GST

sistem pasaran terbuka, mustahil bagi syarikat untuk membuat margin keuntungan yang berlebihan.

“Apabila sistem cukai baru diguna pakai, penawaran dan permintaan dapat bertindak mengikut kesesuaian persekitar­annya.

“Dalam pasaran terbuka, sesetengah perniagaan mungkin meningkatk­an harga dengan sesuka hati dan mengambil kesempatan dalam ketidakten­tuan pasaran seperti dalam situasi ini, ialah SST,” katanya. Bagaimanap­un, akhirnya perniagaan yang tidak beretika itu akan mengalami kerugian.

Pakar industri turut menjelaska­n SST mempunyai manfaat kepada perniagaan, memudahkan pelaksanaa­n perniagaan dan pertumbuha­n ekonomi.

Sebagai contoh, tidak seperti SST, Pengarah Eksekutif Kanan PcW Malaysia, Jagdev Singh berkata, syarikat yang sebelum ini dikecualik­an daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) mempunyai masalah berkaitan aliran tunai khususnya ketika mendapat kembali bayaran balik cukai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia