Harian Metro

Ambil kira M40, B40

- Nabil Basaruddin dan Amir Hisyam Rasid cnews@nstp.com.my

„ Lebih banyak barang bakal dikecualik­an daripada SST

Lebih banyak barang khususnya yang berkaitan dengan produk makanan dijangka diberikan pengecuali­an terhadap Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) sehingga hujung tahun ini.

Pengarah Cukai Tidak Langsung, Ernst & Young Tax Consultant Sdn Bhd, Jalbir Singh Riar berkata, pihaknya melihat langkah berkenaan bakal dilaksanak­an oleh kerajaan dari semasa ke semasa dengan mengambil segenap perhatian khususnya yang membabitka­n kepentinga­n dan keperluan rakyat.

Sebagai contoh, katanya, usaha yang diambil kerajaan dengan mengecuali­kan barangan seperti susu berperisa, makanan laut dan barang keperluan asas lain supaya ia dapat dinikmati rakyat berpendapa­tan sederhana dan rendah tanpa dikenakan cukai.

Malah, usaha itu juga adalah bukti bahawa lebih banyak barang daripada segmen makanan akan digazet dan dikecualik­an daripada cukai terbabit.

“Produk berkaitan makanan adalah sebahagian yang dijangka menerima lebih banyak pengecuali­an selepas ini kerana masih terdapat banyak barang dari kategori ini yang tidak dikecualik­an lagi.

“Kerajaan prihatin dengan masalah yang dilalui rakyat berkaitan kos sara hidup. Oleh itu, pengecuali­an ini akan mengambil kira kumpulan berpendapa­tan sederhana (M40) dan bawah (B40),” katanya.

Beliau ditemui selepas sesi kedua Forum Masterclas­s: Impak GST kepada SST oleh CPA Australia dan New Straits Times di sini, semalam.

Sesi berkenaan turut disertai dua ahli panel lain iaitu Ketua Kastam dan GST Negara Deloitte Malaysia, Tan Eng Yew dan Ketua Prestasi Pelaporan Pengurusan Maklumat Enterpris dan Percukaian Kumpulan Maybank, Surin Segar serta Pengarang Integrasi Bisnes NSTP, Lokman Mansor sebagai moderator.

Pada 20 Ogos lalu, Dewan Negara meluluskan semua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan SST merangkumi RUU Cukai Jualan 2018, RUU Cukai Perkhidmat­an 2018, RUU Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.

Setakat ini, sebanyak 5,443 barang dikecualik­an SST berbanding kira-kira 500 barang saja ketika rejim GST manakala 5,612 dikenakan cukai jualan 10 peratus selain lebih 600 barangan bagi cukai jualan sebanyak lima peratus.

 ??  ?? FORUM Masterclas­s: Impak GST kepada SST oleh CPA Australia dan New Straits Times di Balai Berita, Bangsar, semalam.
FORUM Masterclas­s: Impak GST kepada SST oleh CPA Australia dan New Straits Times di Balai Berita, Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia