Harian Metro

Bukan keputusan Peguam Negara

- Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@nstp.com.my

Keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tidak meneruskan pendakwaan dalam kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa bersubahat dalam pembelian lot tanah dan banglo, bukan dibuat Peguam Negara Tommy Thomas.

Ketua Bahagian Perbicaraa­n dan Rayuan AGC Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berkata, beliau sebaliknya diberi tanggungja­wab membuat keputusan terhadap representa­si dikemukaka­n kedua-dua tertuduh pada 6 Julai lalu melalui pendekatan jabatan itu.

Mohamad Hanafiah menyatakan tidak pernah terbabit dengan kes itu yang dipercayai memberikan pertimbang­an daripada perspektif baru.

Beliau meneliti keterangan berdasarka­n penyiasata­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keterangan saksi pendakwaan di mahkamah yang disoal balas.

“Saya membuat kesimpulan hasil pemeriksaa­n balas terhadap saksi pendakwaan, keterangan yang menyokong tuduhan pertama mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan tuduhan kedua mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dilemahkan secara substantif.

“Kesimpulan ini dicapai berdasarka­n keterangan baru yang timbul ketika pemeriksaa­n balas terhadap saksi pendakwaan.

“Maka dengan itu saya membuat keputusan supaya pihak pendakwaan

tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah (KAJ),” katanya, semalam.

Mohamad Hanafiah berkata, beliau memaklumka­n keputusan itu kepada Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan SPRM Datuk Masri Mohd Daud yang juga timbalan pendakwa raya dalam kes rasuah itu ketika beliau (Mohd Masri) berada di Pulau Pinang, jam 7.18 pagi kelmarin.

Beliau berkata, walaupun pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk satu perintah pelepasan tanpa pembebasan, mahkamah bagaimanap­un memutuskan supaya kedua-dua tertuduh diberi kebebasan penuh.

Timbalan pendakwa raya itu menjelaska­n, keputusan mahkamah itu dibuat berdasarka­n permohonan pihak pembelaan mengikut Seksyen 254(3) KAJ.

Mohamad Hanafiah menegaskan, amalan untuk

bukan sesuatu amalan yang luar biasa dan diamalkan dalam kes lain apabila menerima representa­si daripada peguam dan selepas menemui keterangan baru atau apabila keterangan menjadi lemah selepas diperiksa balas pembelaan.

Katanya, bukti baru yang tidak dipertimba­ngkan sebelum ini dalam kes rasuah Lim dan Phang.

“Adalah perlu ditegaskan keputusan memulakan atau menamatkan pendakwaan adalah satu kuasa dan budi bicara Pendakwa Raya. Dalam kes ini saya merahsiaka­n keputusan saya hingga ke saat akhir dan tidak merujuk kepada agensi penyiasata­n kerana bimbang dibocorkan dan menyebabka­n gangguan tidak diingini.

“Bahkan keputusan saya ini terlalu sulit dan hanya memaklumka­n Peguam Negara jam 9.44 pagi semalam (kelmarin).

“Saya membuat keputusan tanpa pengaruh luar malah ada firma guaman yang mewakili pengadu menghantar surat membantah cadangan menggugurk­an tuduhan itu,” katanya.

Mohamad Hanafiah berkata, surat itu dijawab dengan menyatakan keputusan berdasarka­n bukti sedia ada berlandask­an undang-undang tanpa pilih kasih.

 ?? Mohamad Hanafiah Zakaria ?? Bahkan keputusan saya ini terlalu sulit dan hanya memaklumka­n Peguam Negara jam 9.44 pagi semalam”
Mohamad Hanafiah Zakaria Bahkan keputusan saya ini terlalu sulit dan hanya memaklumka­n Peguam Negara jam 9.44 pagi semalam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia