Harian Metro

Hukuman jaga maruah

-

Mengenai peralatan sebat, mengikut undang-undang syariah alat yang digunakan adalah daripada rotan atau ranting pokok yang tiada ruas atau buku.

Panjangnya pula tidak melebihi 1.22 meter manakala tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Berbeza dengan pesalah undang-undang sivil, wanita dikecualik­an daripada menjalani hukuman itu. Bagaimanap­un, pesalah wanita bagi undang-undang syarie tetap dikenakan hukuman.

Cuma prosedur sebatan yang ditetapkan menyanjung tinggi maruah wanita. Antaranya, hukuman dilaksanak­an dalam keadaan menutup aurat, disebat dalam keadaan duduk dengan kekuatan sederhana serta kesannya tidak melukakan.

Jelas melaksanak­an sebatan dalam undang-undang syariah sebenarnya tidak sepatutnya menjadi halangan. Hukuman itu bertujuan mendidik manusia supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, kaedah sebatan dijalankan menurut Imam Ibn Taimiyyah adalah satu bentuk pukulan sederhana iaitu tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan menggunaka­n cemeti yang sederhana.

Menurutnya, sebatan juga tidak ditujukan kepada muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit dan pasti ia tidak melukakan pesalah.

“Kaedah itu menggambar­kan sebatan syari’e tidak bertujuan melukakan, apatah lagi menyeksa. Ia adalah proses mendidik.

“Berhubung saranan supaya khalayak menyaksika­n hukuman diambil daripada ayat 2, Surah al-Nur bermaksud: “...maka hendaklah sekelompok manusia daripada kalangan orang beriman menyaksika­n hukuman kedua-duanya (penzina lelaki dan perempuan).”

“Ketika menghuraik­an ayat itu, al-Imam Ibn Asyur menjelaska­n, arahan kaum mukminin menyaksika­n hukuman adalah bagi menimbulka­n rasa takut untuk melakukan kesalahan seterusnya serta menjauhkan diri melakukan kemungkara­n,” katanya.

Dr Ahmad Sanusi berkata, disebabkan pentingnya menanamkan rasa sedar dan insaf dalam kalangan masyarakat, Mazhab Hanbali dan Hanafi berpandang­an, hukuman sebat mesti dilaksanak­an di hadapan khalayak.

“Mazhab Syafi’i dan Maliki pula berpandang­an, memadai kehadiran empat saksi bagi menyaksika­n hukuman berkenaan.

“Selain itu, al-Imam alBaidawi memberikan pandangan yang agak menarik. Pendedahan hukuman kepada khalayak lebih utama kerana hukuman yang dijalankan itu tidak memberikan kesakitan fizikal pesalah,” katanya. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Mahkamah Syariah Negeri Terengganu berjaya melaksanak­an proses sebatan syariah itu dalam keadaan baik, tenang dan tanpa tunduk kepada desakan manamana pihak.

Musa berkata, Islam dan syariah menyantuni setiap insan walaupun mereka melakukan kesalahan.

“Hukuman sebatan syariah yang dijalankan terhadap dua pelaku itu dalam keadaan berpakaian menutup aurat, melakukan pemeriksaa­n kesihatan terlebih dulu, ringan serta hukuman juga tidak melukakan.

“Ia membuktika­n kepada masyarakat yang hukuman sebat syariah masih melindungi maruah pesalah. Sebab itu, pesalah dibenarkan memakai pakaian dan menutup keseluruha­n aurat sama ada lelaki atau wanita.

“Berbeza dengan sebatan sivil dan Barat, pesalah akan dibogelkan dan hanya bahagian kemaluan saja ditutup dengan kain atau cawat selain bahagian punggung pesalah diikat pada abah-abah dengan tali pinggang,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu membuktika­n sebatan syariah tidak kejam dan zalim sebagaiman­a didakwa sesetengah pihak.

“Syarat pelaksanaa­n hukuman sebatan syariah sebenarnya dikanunkan dalam peruntukan Seksyen 125 dan 126, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Terengganu) 2001 dan juga dalam undang-undang tatacara jenayah syariah negeri lain.

“Kehadiran orang awam ketika pelaksanaa­n hukuman syariah bukan bertujuan menjatuhka­n kehormatan atau memalukan pesalah, tetapi memberi mesej kepada orang ramai mengenai kesalahan dan akibatnya, menimbulka­n kegerunan dan pencegahan kepada orang yang menyaksika­n serta ia

„ Merotan pesalah ikut undang-undang syariah untuk mendidik

menjadi bualan generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pendidikan Universiti Malaya, Rahimi Md Saad berkata, pelaksanaa­n sebatan itu sepatutnya membuka mata orang ramai sama ada Muslim atau bukan Islam untuk memahami sistem perundanga­n jenayah dengan lebih mendalam.

Menurutnya, sistem perundanga­n Islam sama sekali tidak membenarka­n perincian pendakwaan dan pembuktian kesalahan didedahkan kepada awam atau pihak media sedangkan itu perkara biasa dalam perundanga­n sivil.

“Hanya pelaksanaa­n hukuman saja dibuat secara terbuka atas dasar pencegahan. Walaupun dibuat secara terbuka, perkara membabitka­n maruah peribadi seperti aurat dan seumpamany­a tetap dipelihara,” katanya.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia